BINTANG RATU ROCK MALAYSIA
Nor Zila Binti Aminuddin atau lebih di kenali dengan nama Ella dilahirkan di Pulau Pinang, pada 31 Julai 1966. Jolokan Ratu Rock dan Diva Rock memang sudah sinonim dengan Ella. Malah dalam perkembangan muzik rock tempatan, nama Ella tersenarai sebagai salah seorang p
erintisnya. Bersama band The Boys, mereka adalah antara band rock tempatan paling awal yang muncul di arena muzik 'mainstream' dengan album "battle Of The Bands 1" dan "Battle Of The bands 2" sekitar tahun 1985 dahulu yang turut disertai band Lefthanded, Bloodshed, SYJ dan Rahim Maarof & Whitesteel. Merekalah perintis kepada perkembangan dan kegemilangan muzik rock bermula pada awal era 80-an sehinggalah sekarang. Dan, sebagai satu-satunya penyanyi rock wanita, Ella mudah mendapat perhatian dan juga menjadi titik tolak kepada perkembangan kariernya.
erintisnya. Bersama band The Boys, mereka adalah antara band rock tempatan paling awal yang muncul di arena muzik 'mainstream' dengan album "battle Of The Bands 1" dan "Battle Of The bands 2" sekitar tahun 1985 dahulu yang turut disertai band Lefthanded, Bloodshed, SYJ dan Rahim Maarof & Whitesteel. Merekalah perintis kepada perkembangan dan kegemilangan muzik rock bermula pada awal era 80-an sehinggalah sekarang. Dan, sebagai satu-satunya penyanyi rock wanita, Ella mudah mendapat perhatian dan juga menjadi titik tolak kepada perkembangan kariernya.Nyanyian memang sudah sebati dengan Ella sejak d
ia di sekolah rendah. Bermula dari darjah satu sehinggalah tingkatan lima, dia adalah penyanyi 'regular' di setiap majlis anjuran sekolahnya. Dia, ketika masih berusia belasan tahun sudah mula membuat persembahan di kelab, pub dan lounge di sekitar lembah Klang. Di situlah dia bertemu dengan Lord, ketua band The Boys dan selepas beberapa perbincangan, maka lahirlah Ella & The Boys.
Pada 1986, Ella & The Boys tampil dengan album sulung mereka bersama syarikat rakaman warnada. Keunikan dan vokal serak-serak basah Ella serta muzik hard rock 'catchy' daripada The Boys telah memberikan satu nafas baru kepada perkembangan muzik rock tempatan. Selepas itu mereka tidak menoleh ke belakang lagi. Penerimaan peminat terhadap Ella & The Boys telah menjadikan mereka sebaris dengan band-band rock popular ketika itu seperti Search, Lefthanded, Bloodsheed dan Sofea. namun pada 1988, Ella meninggalkan The Boys dalam usaha untuk mengembangkan karier solonya. Bersama WEA (sekarang Warner Music), Ella tampil dengan tiga buah album iaitu 'Pengemis Cinta' (1988), 'Puteri Kota' (1989) dan 'Identiti' (1990). Ketiga-tiga album ini telah mencatat jualan platinum dan sekaligus melonjakkan namanya ke persada seni tanahair sebagai antara penyanyi yang perlu dihormati. Setahun kemudian albumnya yang berjudul 'Mendung Tak Bererti Hujan' (duet bersama Deddy Dores) telah dipasarkan ke In
donesia.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home