Ella a Journey Beyond

Ratu Rock, Ella kini muncul dengan sebuah album kompilasi A Journey Beyond...sebuah album penuh bergaya.
Dapatkannya sekarang!BintangDengan kejayaan Ella mengekalkan popularitinya sebagai satu-satunya penyanyi wanita rock yang masih bertahan, album ini bagaikan buah tangan kepada peminat-peminat beliau yang terus berdiri teguh dibelakangnya selama lebih sedekad.Anda pasti tidak akan kecewa dengan album ini kerana ia merangkumi 30 buah lagu-lagu hit beliau termasuk sebuah lagu baru yang berkodol Ku Tahu Kau Rindu. Antar lagu-lagu yang terkandung di dalam album ini adalah seperti Sembilu, Gemilang, Retak, Layar Impian dan Permata Biru. Ini adalah antara lagu-lagu yang meletakkan ELla di kedudukannya sekarang.
EMI Malaysia yakin kemunculan album Ella a journey Beyond.. ini dapat mengubat rindu peminat-peminat Ella setelah album terkahirnya Ilham Bicara dihasilkan beberap tahun lalu. Sejak tahun 1992, Ella bersama EMI Malaysia dan ternyata ia satu percaturan yang bijak.
Ella muncul penyanyi rock paling berjaya dengan album-album terdahulu bersama syarikat antarabangsa ini seperti album 30110, Ella USA, El dan Ilham Bicara.Kini dengan kemunculan album kompilasi Ella a Journey Beyond... Ella akan terus berada di barisan hadapan penyanyi-penyanyi yang kekal popular dan berjaya.







0 Comments:
Post a Comment
<< Home