ELLA @ TRIPLE MEGA CONCERT MALINDO ROCK 2006

"WE LIVE FOR THOSE WHOSE SURVIVE"
a big and million THANKS to sponsor for that concert scope events...kerna mengadakan konsert sebegini terutamanya memberikan peluang utk peminat eLLa melepaskan rindu beraksi di atas pentas yg luas and sound system yang memberikan kepuasan kepada PEMINAT...mmg berbaloi RM70 dengan kemudahan dan artis yang di hidangkan...SYABAS SCOPE EVENTS....

i wish next time scope event bole mengadakan konsert sebegini...khasnya utk ELLA...we can support for promotion to u actually by web and mouth to mouth between ELLA UNDYINGFANZ....
we try to work together to make ELLA will make record for the second times after 30110 and USA.....
Lets do it together....
actually....
ITS ALL ABOUT ME, MYSELF & ELLA

P.S -> A BIG THKS TO ZAMJ ALSOO FOR U PENGORBANAN AND ROCKIN TOGETHER!!NEXT TIME WE WISH...
UTUSAN MALAYSIA
6 September 2006
13 Syaaban 1427
Hiburan
Ella hebat di pentas Konsert Malindo
Oleh KHADIJAH IBRAHIM
Gaya manja Ella di sisi Saiful Apek sewaktu mendendangkan lagu Dunia Batinku.
--------------------------------------------------------------------------------
HASRAT penganjur Scope Event Ventures Sdn. Bhd. untuk mengajak 40,000 penonton membanjiri padang Polo Pavilion, Bukit Kiara Country & Resort pada 2 September lalu, ternyata tidak kesampaian.
Ini kerana jumlah penonton yang hadir menyaksikan Konsert Triple Mega Malindo di sana hanyalah 5,000 orang biarpun harga tiket RM70 diturunkan kepada RM50 pada saat akhir.
Meskipun kehadiran penonton jauh tersasar, namun khalayak yang datang ternyata daripada golongan mereka yang setia menyaksikan konsert itu dari pukul 5.30 petang hingga 1.30 pagi.
Konsert yang menampilkan Bandi Amuk sebagai pengacara itu menggabungkan penyanyi Malaysia dan Indonesia. Malaysia menampilkan Search, Wings, Ella dan Lefthanded sementara barisan artis seberang dijayakan oleh Dewa 19, Ratu dan Ari Lasso.
Kumpulan Lefthanded yang dianggotai oleh Man Kidal (gitar), Yan (bes), Ally (gitar) dan Man Dayak (dram) diberi penghormatan membuka tirai persembahan.
Untuk sesi pertama, Lefthanded tanpa vokalis asalnya, Nash, mengiringi penyanyi Muix daripada kumpulan Metalasia untuk lagu Seruan, Keadilan, Semangat Lamina, Arah Yang Hilang dan Tanjung Puteri.
Persembahan segmen pertama yang turut diserikan dengan dendangan Ari Lasso menerusi lagu Rahsia Perempuan, Penjaga Hati dan Hampa ternyata tidak memberi apa-apa impak kepada penonton.
Hanya selepas Ella tampil dengan lagu ketiganya, Permata Biru, barulah suasana mula menjadi hangat.
Biarpun pada permulaan persembahan Ella seakan-akan tenggelam timbul, namun Ratu Rock itu begitu cepat mencari kekuatannya tersendiri.
Kemunculan Ella berjaya mengatasi persembahan Mulan dan Maia daripada kumpulan Ratu yang muncul sebelum itu sehingga terlintas dalam fikiran apa perlunya mengundang Ratu jika Ratu Rock Malaysia lebih hebat di pentas.
Apa lagi ketika menghangatkan suasana dengan lagu-lagu hitnya, pengaruh Ella begitu terserlah.
Antara lagu yang diperdengarkan oleh Ella dengan gaya manjanya ialah Kasih yang ditujukan kepada mangsa tragedi gempa bumi Yogyakarta, Layar Impian, Dua Insan Bercinta dan Dunia Batinku iaitu duet bersama Saiful Apek.
Itulah pertama kali Ella bergandingan dengan pelawak tersebut.
“Ella berduet dengan Apek pun secara spontan. Kami tidak buat latihan langsung. Apek pernah beritahu Ella yang dia suka lagu itu dan kalau ada peluang dia nak jamming dengan Ella,’’ kata Ella.
Selain duet dengan Apek, Ella turut diundang oleh kumpulan Dewa 19 ke pentas mendendangkan lagu Sedang Ingin Bercinta.
Rupanya konsert malam itu telah membuka hati Ella untuk membuat konsert solonya dengan mengundang beberapa rakan artis lain.
“Seronok ya kalau dapat buat konsert bersama rakan-rakan artis lain. Ella cadang nak undang beberapa penyanyi utama kumpulan rock berduet untuk konsert itu. Tengoklah macam mana nanti,’’ katanya yang tidak sabar untuk mengadakan konsert solo itu.
Ratu tidak perlu
Sejak awal lagi ramai yang mempersoalkan kenapa perlu ada Ratu pada konsert itu? Adakah kerana salah seorang anggotanya iaitu Maia merupakan isteri kepada ketua kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani turut menjayakan konsert itu?
Sebenarnya kemunculan Ratu tidak membantu menghangatkan konsert itu. Meskipun seorang lagi anggotanya, Mulan cuba ‘menggoda’ dengan gayanya yang seksi, namun sepanjang Ratu mendendangkan lapan buah lagu, penonton hanya teruja pada lagu Lelaki Buaya Darat dan Teman Tapi Mesra.
Menariknya, sebaik sahaja selesai mendendangkan lagu Lelaki Buaya Darat, Maia secara selamba terus berkata: “Jangan suka menipu wanita kerana saya adalah korban kepada lelaki buaya darat.”
Apakah kata-kata sinis Maia itu ditujukan kepada suaminya, Ahmad Dhani yang digosipkan dengan Mulan?
Hanya Maia dan Ahmad Dhani yang tahu kebenaran di sebalik kata-kata tersebut dan kisah sebenar pergolakan rumah tangga mereka.
Awie resah
Pada hari konsert berlangsung, terbentang di dada akhbar kisah keretakan rumah tangga Awie.
Bagi sesetengah penyanyi, tentu saja siaran cerita itu sedikit sebanyak mengganggu fikiran. Maklumlah rumah tangga yang dibina pada 1998 atas dasar cinta itu kini menjadi bualan umum!
Namun sebagai artis profesional, Awie berjaya meletak di tepi masalah peribadi dan memberikan persembahan terbaik seolah-olah jiwanya tidak diganggu oleh cerita keretakan rumah tangganya.
Namun sewaktu mendendangkan lagu Semalam Yang Hangat dan Sejati, Awie seolah-olah dibuai perasaan mengikut lirik yang penuh makna itu. Keresahan wajah Awie bertukar menjadi ganas apabila dia mendendangkan lagu rancak seperti Bujang Senang, Jerangkung Dalam Almari, Ranggi Metropolis, Peronda Jaket Biru dan Lipas Kudung.
Ternyata kehebatan Wings yang turut dianggotai oleh Joe (gitar), Black (dram) dan Eddie (bass) masih memberi impak mendalam kepada penonton.
Tidak puas dengan Search
Tidak puas rasanya mendengar Amy menyanyi dan menonton skil muzik yang dipamerkan oleh Hillary (gitar), Yazit (dram), Nasir (bass) serta Edrie (gitar) sewaktu konsert Triple Mega Malindo itu.
Kehadiran Search sebagai kumpulan penutup persembahan pada pukul 12.30 malam dilihat sekadar mengisi ruang.
Tidak patut kumpulan yang telah 25 tahun menerajui industri muzik tempatan dengan lagu Di Pintu Sepi, Pawana, Isi Atau Kulit dan Isabella itu diberi peluang mendendangkan hanya lapan lagu, sedangkan Dewa 19 dari Indonesia berkesempatan menyampaikan 13 buah lagu.
Persembahan Search yang turut menampilkan lagu-lagu baru daripada album Gothik Malam Edan iaitu Memoria Anna cukup bertenaga. Namun rasanya seakan-akan tidak puas menyaksikan persembahan mereka yang terlalu singkat itu.
Penganjur tidak mengotakan janji yang diumumkan pada sidang akhbar kononnya Search dan Dewa diberi peluang menyanyi sama banyak.
Padahal Search memiliki banyak lagu popular yang boleh diperdengarkan.
Dewa 19 lebih menonjol
Akhirnya hasrat Dewa 19 ingin mengadakan persembahan di pentas yang sama dengan kumpulan rock legenda Malaysia terlaksana juga.
Dewa 19 yang muncul pukul 10.45 malam memilih lagu Bukan Rahsia sebagai pembuka tirai. Kehebatan Dewa 19 beraksi di pentas tidak dapat dinafikan dan senarai lagu yang didendangkan juga sudah sebati dengan pendengaran peminat-peminat mereka.
Justeru apabila Once dan Ahmad Dhani bersilih ganti mendendangkan lagu Riwayat Cinta, Sedang Ingin Bercinta, Separuh Nafas, Satu, Kosong, Arjuna, Cinta Gila dan Laskar Cinta, kebanyakan penonton turut menyanyi bersama.
Malah sewaktu mendendangkan lagu Sedang Ingin Bercinta, Ahmad Dhani mengundang Ella untuk menyanyi bersamanya
1 Comments:
aku pon xpuas ati dgn search..
Ella rox! stuju gak.. ratu actually kalo x datang pon xpe..
ooo.. kome2 la yg dok depan skali dgn banner ella tu ek? hehehe..
Post a Comment
<< Home