Peminat rock bengang, Ella, May tidak muncul
artikel nie dimaklumkan oleh KakMy kepada i.....anyway thanks ya kak My for dats INFO.......masa konsert tu suppose i pergi but last minute tak dapat join coz hal keje....terpaksa on duty 24 hours dats day......tak dapat nak adjust....anyway thanks kat LieLo ya coz maklumkan Pedo pasal
perubahan jadual yang pada mulanya i di maklumkan konsert nie ari ahad(22/04/2007) oleh Rose ngn LieLo tapi suddenly tukar pulak ari sabtu (21/04/2007)....akibatnya semuanya tak menjadi...tak taula apa masalahnya.....harap perkara sebegini rupa takkan berulang lagi......
ELLA-GANGS
Peminat rock bengang, Ella, May tidak muncul
Oleh RASLAN BAHAROM 23 Apr 2007 08:21 PM
TAIPING: Hampa, marah dan basah kuyup -- beginilah nasib peminat rock yang membanjiri Pesta Kebudayaan dan Tanglung Antarabangsa Malaysia apabila sebuah konsert rock diuar-uarkan bakal diadakan di sini malam Sabtu lepas.
Teka-teki bermain di minda pengunjung, sama ada ratu rock Ella atau kumpulan rock, May, atau kedua-duanya sekali bakal berada di pentas di Simpang dekat sini seperti diiklankan di beberapa kawasan di sini.
Namun apabila kedua-duanya tidak muncul pada jam 10 malam seperti dijadualkan, ramai pengunjung berpusu-pusu keluar dari pesta itu dan mula menyerbu kaunter tiket.
Persembahan bunga api, yang menerangi langit ketika itu, memarakkan lagi keadaan.
"Sudahlah tiket mahal (RM10), mana ada Ella atau May?" kata Ebby Tajol Rosli, 18, yang datang dari Matang dekat sini untuk mengikuti persembahan artis yang diminatinya. Dia hadir bersama jirannya Fazli Abdul Halim, 21, ke pesta itu.
Walaupun penganjur akhirnya mengarahkan pekerja-pekerja kaunter mengembalikan RM10 kepada setiap pemegang tiket, Ebby dan Fazli tidak bernasib baik.
"Kerana marah, kami dah buang tiket dekat pentas tadi," kata Fazli.
Bagaimanapun, seramai 15 remaja ahli kelab peminat Ella bernasib baik kerana mereka dapat menebus kembali tiket mereka.
"Tapi kami datang dari Kuala Lumpur... buat buang masa saja," kata seseorang yang dikenali sebagai Mulan, yang bertindak sebagai jurucakap kumpulan itu.
Bagaimanapun Mulan tidak menyalahkan Ella kerana syarikat rakamannya telah mengesahkan persembahan itu dan perkara itu telah dimaklumkan oleh seorang ahli kelab itu bahawa ratu rock itu sudah berada di sini.
"Apabila kami nampak penari-penari mula meninggalkan pentas dan sistem bunyi diangkut, kami sudah agak," kata seorang lagi peminat Ella, enggan dikenali, yang berada dalam kumpulan itu.
Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) yang berkawal di situ berjaya menenangkan keadaan apabila beberapa pengunjung mula menendang kaunter tiket.
Seorang daripada anggota Rela di situ, ketika ditemui mStar Online berkata, pada mulanya Ella mengesahkan kehadirannya tetapi beliau kemudian berubah fikirannya.
Apabila diberitahu bahawa iklan telah diedarkan, yang menyebut Ella dan May membuat persembahan malam itu, anggota Rela itu berkata:
"May dah menangguhkan kerana kumpulan itu akan membuat persembahan pada April 23, dan bukan malam ini," katanya.
Ella atau kumpulan May tidak dapat dihubungi untuk mengulas kejadian itu.
Pesta selama tiga bulan itu dianjurkan sempena Tahun Melawat Malaysia oleh sebuah syarikat swasta dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Majlis Perbandaran Taiping dan Parti Progresif Rakyat (PPP).
Pesta itu dirasmikan oleh ahli parlimen Taiping Datuk M. Kayveas pada 31 Mac.

--- Article Information ---
This article was emailed from http://www.mstar.com.my:80/cms.
Article's URL: http://www.mstar.com.my:80/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1e639a06-c0a85061-166a5380-61131680

0 Comments:
Post a Comment
<< Home