ELLA-RATU ROCK MALAYSIA(DEMI ELLA)

Sunday, May 27, 2007

ANTARA EMI, ELLA and JoJIE.....part 3

OKies Guys...ini adalah antara ulasan yang i jupe kat web rasmi Radio ERA.FM...so, kalu senang2 tu...g la komen album nie ya..kita kasi GEGAR and PANASKAN web era.fm nie dgn ulasan album KASIH..apapun...all da best for ELLA & EMI......keep on rockin together-gether ya....hehehhehe..

EMI Malaysia menerbitkan sebuah album menarik Ella berjudul Kasih. Dapatkannya di pasaran. 4/5 bintang.

Ratu Rock Ella tampil dengan album yang mengabungkan lagu-lagu hit beliau. Bukan itu sahaja album Kasih ini juga menarik dengan VCD beliau juga mengandungi lagu-lagu hit seperti Sembilu, Retak, Dua Insan Bercinta, Dunia batinku dan banyak lagi.

Peminat-peminat Ella sudah pasti tidak mahu ketinggalan untuk memiliki album istimewa ini kerana 14 buah lagu-lagu hit beliau yang tidak lekang dek panas tak lapuk dek hujan pastinya menjadi khazanah simpanan anda.

Antara lagu-lagu yang terkandung di dalam album ini adalah seperti Kasih, Rindu, Kabus dna Sinar, Sepi Sekuntum Mawar Mewah, Baldu Biru dan lain-lain.

Rasanya album istimewa ini adalah hadiah kepada peminat-peminat beliau yang sentiasa setia menyokong beliau sejak di zaman Ella and the Boys lagi. Setelah lebih 20 tahun, Ella masih diingati dan berada di kelasnya yang tersendiri. Gelaran Ratu Rock memang sesuai untuk beliau kerana di saat penyanyi-penyanyi wanita rock yang lain tersekat dalam mengembangkan irama rock, Ella masih terus memperjuangkan genre tersebut sehingga hari ini. Kepada Ella, ERA mengucapkan syabas dan sukses selalu.


click here for detail -> http://www.era.fm/05/sensasi/album_baru/review.asp?id=266

0 Comments:

Post a Comment

<< Home