ELLA @ KONSERT PANCAINDERA 2007 part 1

Lancar sebab tak der masalah sepanjang program KONSERT PANCAINDERA yang dilangsungkan pada 26 Mei 2007 bertempat di Bukit Merah LakeTown Resort atas kerjasama antara KARANGKRAF Sdn Bhd dengan tiket UTUSAN MINGGUAN dan jugak MK Land...Terima Kasih and Tahniah kepada penganjur atas penganjuran Konesrt Mini ini...
Antara barisan artis yang mengadakan persembahan ialah Dayang Nurfaizah, Fiq, Faizal AF4 and lain-lain dan yang paling penting ialah kehadiran RATU ROCK MALAYSIA....dan penyebab saya berada di konsert pancaindera ini juga adalah insan wanita yang bergelar ELLA utk memberikan sokongan yang padu sepadu-padunya ikhlas dari hati suci saya walaupun terpaksa bersekang mata kerna esoknya saya terpaksa bekerja ON CALL 24 HOURS.
ELLA....ya..kehadiran ELLA di Konsert PancaIndera adalah salah satu penyebab saya datang. Kehadiran ELLA jugala saya rasa ramai pengunjung-pengunjung datang/hadir ke LAKETOWN RESORT ini walaupun agak jauh jugak dari bandar-bandar kecil. bak bukit merah nie terpelosok gak kat pedalaman.....apapun, semuanya itu tidak mematahkan semangat rakyat malaysia umumnya dan khasnya saya untuk memberikan sokongan kepada KARANGKRAF dan juga MK Land utk memeriahkan lagi konsert ini bersama-sama. Bak kata org, sapa lagi nak sokong INDUSTRI HIBURAN kita kalu bukan org MELAYU sendiri.,..
.jpg)
Apapun ..tahniah kepada semua yg menjayakan KONSERT MINI PANCAINDERA ini dan terima kasih jugak kepada pihak penganjur kerana mengambil ELLA sebagai artis membuat persembahan pada Konsert Pancaindera yang mana secara tidak langsung kehadiran saya akan ada untuk memberikan sokongan kepada artis insan yang bernama ELLA ini...RATU ROCK MALAYSIA......
to be continue....
0 Comments:
Post a Comment
<< Home