ELLA-RATU ROCK MALAYSIA(DEMI ELLA)

Sunday, May 27, 2007

ELLA @ KONSERT PANCAINDERA 2007 part 2

Ni lagi bakal jadi satu isu.....wartawan Malaysia nie yg boleh dikatakan pilih kasih dan mempunyai satu sindiket....nak tau sindiket mcm mana...tunggu and nantikan isu hangat ini akan saya isukan dlm blog nie hanya DEMI-ELLA...yelah....tgk gambar dlm paper real utusan mingguan ada
gambo ELLA....dan bila baca artikel ini..langsung tak mention nama ELLA,..

Ini yg saya naik angin nie....
Dari KUALA LUMPUR ke BUKIT MERAK LAKETOWN RESORT ( jauh tuu...adalah dlm 12 jam perjalanan...hehehhehe) kami datang untuk menyokong RATU ROCK MALAYSIA ini and secara tidak langsung menyokong KONSERT PANCAINDERA ini...adakah patut dia langsung tak mention nama ELLA...ini da tahap kurang....opsssss.........

apapun...ELLA is alwiz in my HEART...in our heart..ella-gangs....
tak kisahlah kalu tak mention kat paper....yang penting ELLA menang di hati PEMINAT and mmg pada malam konsert pancaindera itu.....seakan-akan ELLA yang TAWAN and punya..malahan artis lain pun AKUI keadaan ini...hehhehe..TAHNIAH EL...apakan tidak....ELLA di letak artis yang last sekali perform....

Takut nanti penonton balik awal kalu ELLA da nyanyi..hehehe...

apapun...thanks to UTUSAN cause menjemput ELLA and memberikan kami peluang untuk menyokong perjuangan seni RATU ROCK MALAYSIA...

KEEP ON ROCKIN...

PeDO29
ELLA-GANGS



UTUSAN MINGGUAN
27 Mei 2007

Konsert Pancaindera hibur ribuan penonton
Oleh: ANGELINA SINYANG

TAIPING 26 Mei – Konsert Pancaindera Mingguan Malaysia yang diadakan di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) di sini malam ini berlangsung dalam suasana meriah apabila berjaya menarik kehadiran kira-kira 10,000 penonton.

Konsert berkenaan dimulakan dengan acara memotong kek meraikan sambutan ulang tahun ke-10 BMLR iaitu taman tema air yang popular di Perak.

Acara memotong kek pada pukul 9 malam itu disertai oleh Pengurus Besar BMLR, Jasmi Osman; Pengurus Kumpulan Hotel dan Resort MK Land, Anuar Yang Ghazali bersama kakitangan BMLR serta artis-artis popular yang dijemput menjayakan konsert berkenaan.

Suasana malam bertambah meriah apabila pihak pengurusan BMLR turut mengadakan pertunjukan bunga api selama kira-kira lima minit.

Suasana meriah semakin dirasai oleh pengunjung apabila seorang demi seorang artis jemputan tampil mengadakan persembahan pada konsert itu yang dihoskan pasangan artis, Roslan Shah dan Haiza.

Antara artis popular yang menjayakan persembahan itu ialah Ella, Dayang Nurfaizah, Elyana, Ramlah Ram, Diana Naim dan empat artis kelahiran program realiti televisyen iaitu Faizal Akademi Fantasia 4 (AF4), Rosma (AF1), Bob (AF2) dan Fiq (Mentor).

Faizal menyanyikan dua buah lagu yang pernah dipopularkan oleh Kumpulan Iklim yang kemudian dirakamkan semula olehnya iaitu Suci Dalam Debu dan Blues Senyum Sokmo.

Diana Naim pula menghiburkan penonton dengan menyampaikan dua buah lagu berjudul Bersarang Di Hati dan Duhai Hati.

Sementara itu, Rosma mendendangkan lagu yang dimuatkan dalam album terbarunya berjudul Joget Cinta Sakti dan dua lagu berentak medley, Bilang Saja dan Cinta Pura-Pura.

Penonton yang setia kemudian dihiburkan pula oleh artis remaja, Elyana yang menyampaikan lagu Diriku Tapak Sulaiman dan Tak Tercapai Akalmu.

Artis rock yang baru meningkat, Fiq mendendangkan dua buah lagu berjudul Tiga Malam dan Kedegilanmu.

Sepanjang konsert berlangsung, beberapa penonton bertuah turut mendapat hadiah istimewa tajaan produk kecantikan Aura Seri bernilai RM10,000.

Konsert yang berakhir pada pukul 11.30 malam itu merupakan sisi jelajah kedua sisipan Pancaindera Mingguan Malaysia sebagai menghargai sumbangan pembaca hingga meletakkan Mingguan Malaysia sebagai akhbar yang paling besar edarannya di negara ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home