ELLA-RATU ROCK MALAYSIA(DEMI ELLA)

Sunday, June 10, 2007

ELLA @ KONSERT PANCAINDERA 2007 part 3

Ni lagi petikan akhar dari MINGGUAN MALAYSIA bersempena dengan KONSERT PANCAINDERA pada hari itu....mintak maap la ya bebanyak kerana lambat nak pulish artikel ini...actually ada banyak ya keratan akhbar ataupun majalah yang mengulas pasal KONSERT PANCAINDERA ini...insya Allah i akan cuba sedaya upaya untuk pullish artikel tersebut soon....so, rajin-rajinla melayari wesbsite ini ya....JANJI ROXXX...

OOOo ya..lupa lak...terima kasih kepada myspace ella-gangs atas gambar yang dipulbish kat log ella-gangs myspace.....i SAVE AS jak pic tu..x sempat nak scan lagi.....insyaAllah dalam masa terdekat ini....

okies guys...enjoy ur self....


PeDo29
ella-gangs


Gegaran konsert Pancaindera di Bukit Merah
- Mingguan Malaysia - 3 Jun 2007
by JAMLIAH ABDULLAH


Hiburan

Gegaran konsert Pancaindera di Bukit Merah
Oleh: JAMLIAH ABDULLAH

TIDAK seperti sebelumnya, keheningan resort Bukit Merah Lake Town malam itu bertukar ganti dengan kemeriahan sorak sorai pengunjung.

Ada acara istimewa bakal berlangsung, konsert Pancaindera dan resort tersebut banjir dengan lautan penonton yang sudah mengambil tempat sejak lewat petang.

Alhasil, konsert bukan cuma menghebohkan malah menggegarkan, apabila lebih 10,000 penonton membuat keputusan untuk berhibur dengan artis popular tanah air pada malam hujung minggu yang lepas.

Petang itu, seawal pukul 3, orang ramai sudah berpusu-pusu membanjiri resort dan taman tema popular tersebut.

Malah hujan yang membasahi bumi pada awal petang sedikit pun tidak menurunkan semangat pengunjung untuk hadir.

Maklumlah siapa yang mahu ketinggalan untuk menyaksikan artis kegemaran mereka dengan lebih dekat.

Apa yang membanggakan, konsert tersebut mengintai bukan saja orang Perak tetapi juga dari negeri lain termasuk Kedah, Pulau Pinang mahupun dari Johor. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang menonton aksi artis kegemaran mereka.

Apatah lagi apabila penganjur turut mengadakan sesi artis bertemu peminat pada pukul 5 petang. Pengunjung berpeluang bergambar dan meminta tandatangan artis terbabit yang terdiri daripada Dayang Nurfaizah, Roslan Shah, Faizal AF4, Haiza, Fiq Mentor, Elyana dan Ina Naim.

Sambutan memang menggalakkan dan di luar jangkaan apabila peminat rela beratur dan menanti berjam-jam untuk bertemu mereka.

Ia adalah sambutan berganda di resort tersebut. Konsert juga diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-10 Bukit Merah Lake Town selaku penaja acara.

Di pentas yang sama turut berlangsung acara memotong kek yang disaksikan oleh pihak penganjur dan artis terbabit. Bukit Merah Lake Town Resort diwakili oleh Pengurus Besar, Jasmi Osman dan Pengurus Kumpulan Hotel dan Resort MK Land, Anuar Yang Ghazali.
Pertunjukan bunga api dari resort tersebut turut diadakan sebagai tanda acara bakal bermula.

Sederet artis daripada pelbagai genre turut serta dalam konsert tersebut dan memberi aroma mereka yang tersendiri.

Semua dipertontonkan untuk pengunjung yang pelbagai daripada rock, pop, joget sehingga ke dangdut.

Setiap artis dengan gaya tersendiri menggegarkan resort tersebut. Aksi mereka memukau dan menghiburkan penonton kala itu.

Kehangatan konsert bermula tepat pukul 9 malam dengan persembahan artis serba boleh Haiza yang mendendangkan lagu dangdut popular, Penasaran.

Haiza juga bertindak sebagai pengacara konsert di samping Roslan Shah.

Roslan tidak ketinggalan dengan pelbagai aksi mencuit hati ketika mendendangkan medley lagu-lagu popular Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Suasana memang menggegarkan apabila setiap penyanyi tidak melepaskan peluang menjemput para penonton naik ke pentas berhibur dan berkuiz dengan mereka.

Hiburan diteruskan dengan penampilan silih berganti artis kelahiran Akademi Fantasia seperti Bob AF2 (Rindu Bersakti), Faizal AF4 (Suci Dalam Debu, Blues Senyum Sokmo), Rosma AF1 (Joget Cinta Sakti, medley Bilang Saja dan Cinta Pura-pura).

Seperti Haiza dan Roslan, Ina Naim buat kali kedua hadir di pentas itu dengan mempersembahkan lagu yang membuai perasaan, Bersarang Di Hati dan Duhai Hati.

Penyanyi muda, Elyana tidak ketinggalan dengan kelincahan tersendiri menghiburkan penonton lewat lagu Diriku Tapak Sulaiman dan Tak Tercapai Akalmu.

Hiburan pada malam itu berterusan dengan persembahan Ramlah Ram yang membawakan lagu keramat, Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu dan lagu terbaru, Maharaja.

Dari balada, konsert beralih ke nuansa rock dengan penampilan juara realiti televisyen Mentor, Fiq.

Bekas anak didik Amy Search itu mempersembahkan lagu Tiga Malam dan Kerja Gila yang pernah dipopularkan oleh mentornya itu.

Penyanyi hitam manis, Dayang Nurfaizah kemudian muncul di pentas membawakan lagu popularnya, Seandainya Masih Ada Cinta dan Dayang Sayang Kamu.


Irama rock terus memecah keheningan resort tersebut dengan persembahan penuh energetik dari ratu rock Ella.

Ternyata Ella punya peminat fanatik yang sanggup menjelajah negara untuk sampai ke situ. Gema nama Ella sudah berkumandang sejak awal konsert.

Di atas pentas Ella tidak henti-henti melaungkan Ella sayang kamu sebagai membalas pekikan peminatnya itu.

Ella menyampaikan lagu terbarunya, Rama-rama dan sebuah lagu dari kumpulan Radja, Jujur.

Pekikan namanya masih mengundang usai lagu terakhir menandakan peminat belum puas dengan aksi Ella.

Penyanyi rock memang tahu bagaimana cara untuk menjaga hati peminatnya dan seterusnya mempersembahkan lagu Takkan Melupakan.

Sememangnya menyaksikan penampilan artis tersebut yang cukup ‘sporting’ menghiburkan penonton membawa kelegaan tersendiri kepada penganjur.

Apatah lagi melihat wajah penonton yang tersenyum puas tanda rasa terhibur usai konsert itu adalah satu kenikmatan buat kami.

Konsert tersebut adalah yang kedua dalam siri jelajah negara dan ia diadakan sebagai menghargai kesetiaan pembaca terhadap Pancaindera yang menjadi sisipan Mingguan Malaysia iaitu akhbar mingguan paling tinggi edarannya.

Sukses dengan konsert tersebut dan demi untuk terus menghargai peminat, konsert Pancaindera itu akan menjelajah beberapa tempat lagi nanti.

Yang pasti, konsert tersebut merupakan hadiah istimewa daripada Pancaindera untuk pembaca. Ia sebagai tanda betapa kami menghargai pengorbanan anda yang terus menyokong Mingguan Malaysia selama ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home