ELLA-RATU ROCK MALAYSIA(DEMI ELLA)

Thursday, December 27, 2007

ELLA + M Online 06 DISEMBER 2007

Ella bangga nyanyi lagu komposer baru


06-12-2007 12:25:49 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ


JIKA semasa Konsert Malindo 2006 lalu, ratu rock negara Norzila Aminuddin atau Ella hanya 'bidan terjun' atau menyanyikan lagu "Sedang Ingin Bercinta" secara spontan dengan band Indonesia Dewa 19.


Kali ini beliau akan berduet dengan band popular tersebut atas jemputan mereka anjuran Republik Cinta Artist Management dalam Konsert Jelajah Malaysia Dewa 19 2007 pada 15 Disember ini di Stadium Likas, Kota Kinabalu.


Ella bakal berduet dengan Dewa 19 pada 15 Disember ini di Sabah (Foto Utusan)

"Ini merupakan kali kedua Ella berduet dengan Dewa 19. Yang pertama dulu secara spontan menerusi lagu "Sedang Ingin Bercinta".

"Kali ni Ella belum tahu lagu yang akan dinyanyikan dan Ella tak kisah diberikan apa-apa lagu," jelas Ella yang meminati lagu "Dewi" dan "Dua Sejoli" nyanyian Dewa 19.

Khabarnya Ella bukan sahaja dapat menyanyi dengan Dewa 19 dalam konsert yang dibawakan oleh Celcom itu malah Ella turut berpeluang untuk bergabung dengan seorang lagi penyanyi wanita Indonesia Ruth Sahanaya tetapi di dalam album terbaru mereka, "Putih".

Di dalam album yang bakal dipasarkan dalam bulan ini, Ella berkata ia menggabungkan pemain gitar popular Man Kidal dan komposer baru Shah selain dirinya dan Ruth.

"Kami menyanyikan lagu-lagu gubahan Shah di mana Ella menyanyikan sebuah lagu solo dan sebuah lagu duet bersamanya yang sememangnya berbeza dari genre yang Ella pernah bawakan sebelum ini.

"Apa yang boleh Ella beritahu tentang lagu tersebut adalah 'cute, best and different'.

"Insya Allah, album tersebut dijangka siap dan diedarkan dalam tahun ini juga dan kami akan membuat tour ke luar negara seperti Indonesia dan berkemungkinan ke Brunei dan Singapura jika menerima tawaran.

"Setakat ini Alhamdulillah ia berjalan dengan lancar dan Ella akan menjalani pengambaran sebuah klip video bersama Ruth di Indonesia nanti," kata Ella ketika ditemui dalam majlis sidang media Konsert Jelajah Malaysia Dewa 19 2007 semalam di Hotel Grand Millenium.

Kata Ella, ini merupakan pertama kali beliau menjayakan projek menghasilkan album gabungan pelbagai artis bersama komposer yang baru menapak dalam industri muzik ini.

"Bagi Ella, ini merupakan projek yang istimewa.Bukan mudah untuk melibatkan diri
Album "Putih" merupakan projek istimewa Ella

dalam projek sebegini sebab Ella kena berani.

"Tambahan lagi Shah masih baru dan belum dikenali. Tapi, Ella bangga menyanyikan lagu daripada komposer seperti Shah.

"Diberi peluang bekerja dengan Shah, Ella salute dia selaku komposer baru yang berani untuk menanggung risiko, tak gila glamour, sangat profesional dan berbakat," ulas Ella mengenai komposer yang baru pulang dari London setelah menamatkan pengajian beliau di sana.

Memandangkan bulan ini merupakan penghujung tahun 2007, Ella sempat berkongsi sedikit bingkisan kehidupannya sepanjang tahun ini.

"Tahun 2007 adalah tahun yang membebankan Ella dengan kerja tanpa ada cuti langsung.


"Terus terang Ella katakan pencapaian Ella tidak banyak berbeza dari dahulu melainkan kerja yang semakin bertambah sahaja.

"Tapi Ella bersyukur dengan karier ini dan bahagia dengan apa yang Ella kecapi sekarang," akhiri Ella yang masih membisu tentang perkahwinannya.

Saksikan Ella berduet dengan Dewa 19 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada 15 Disember ini jam 7 malam.

Tiket berharga RM30 boleh didapati dengan menghubungi talian 013 3030262 atau 013 3111919.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home