ELLA + M Online 12 OKTOBER 2006
12-10-2006 01:59:09 PM
Oleh RADIN SRI GHAZALI
MEMPUNYAI barangan dengan nama sendiri bagaikan satu trend terkini untuk golongan artis Malaysia.
Ramai yang mengorak langkah sebagai usahawan demi memantapkan lagi penjenamaan mereka di pesada dunia seni.
Malah ada juga yang mengatakan bahawa mempunyai perniagaan sendiri bagaikan menyediakan payung untuk hari-hari hujan kelak.

Ella ada produk kecantikan sendiri
Ella kini seorang usahawan produk kecantikan
(Foto The Star Oleh Ricky Lai)
Jika Mawi sibuk dengan Mawi World Sdn Bhd, manakala penyanyi kelahiran negeri di bawah bayu, Azaharina pula sibuk dengan perniagaan reka hiasan dalaman, ratu rock negara pula kini sibuk pula dengan produk kecantikannya, Ella Skin Care.
"Saya merupakan seseorang yang mementingkan kecantikan paras kulit serta kesihatan dalaman. Malah setiap wanita di mana-mana jua turut mengatakan bahawa kecantikan kulit serta mempunyai paras rupa yang menawan adalah penting," ujar penyanyi rock yang berusia 40 tahun itu ketika ditemui di pelancaran album Raya O Raya di Hotel Istana baru-baru ini.
"Sebagai seorang artis, penampilan merupakan satu elemen yang mustahak. Oleh itu, saya mengambil inspirasi untuk menubuhkan produk kecantikan yang bernama Ella Skin Care," ujarnya lagi. Produk tersebut merupakan perniagaan atau usaha sama Ella bersama-sama keluarganya.
"Ini merupakan perniagaan keluarga kami yang diusahakan oleh saya dan kakak saya, Jojie," ujar ratu rock yang popular dengan lagu 'Permata Potong Permata' dan 'Layar Impian'.
Produk tersebut bakal dilancarkan serta diedarkan selepas sambutan Aidilfitri kelak.
"Pelancarannya akan dibuat serentak dengan pelancaran album studio terbaru saya," ujar Ella yang membayangkan keistimewaan acara itu nanti.
Produk pertama yang bakal dihasilkan adalah anti pengoksidaan (face mist/ face spray).
Produk ini bakal menguji sambutan masyarakat terhadap Ella Skin Care dan bakal menjadi batu loncatan kepada produk-produk yang lain.
Celcom taja konsert Ella
Setelah bersama-sama menjayakan konsert gabungan artis-artis Malaysia dan Indonesia melalui Konsert Malindo, Ella bagaikan bangkit serta bersemangat untuk menganjurkan konsert solonya sendiri.
"Segala-galanya bakal terlaksana sejurus sahaja album studio saya dilancarkan. Saya bakal mengadakan konsert bergerak ke seluruh negeri di Malaysia"
(Foto The Star)
Apatah lagi apabila beliau dikatakan lebih menyerlah daripada gandingan Maia dan Mulan daripada kumpulan Ratu di konsert yang diadakan bulan lalu.
"Sejurus sahaja album studio saya dilancarkan, saya akan mengadakan konsert bergerak ke seluruh negeri di Malaysia.
"Rasa terharu sangat apabila salah satu syarikat gergasi telekomunikasi negara, Celcom, mahu menaja saya," ujar Ella lagi.
Namun, Ella masih berahsia akan album terbarunya yang bakal diedarkan pada penghujung tahun ini.
"Biarlah rahsia," tegasnya tersenyum ketika diminta untuk menjelaskan kedudukan album serta nama lagu yang bakal dijadikan single untuk album terbarunya.
Sambutan Aidilfitri sederhana sahaja
Memandangkan Syawal bakal menjelang tidak lama lagi, sudah semestinya golongan artis sibuk dengan persiapan. Namun, bagi Ella sambutan Hari Raya pada tahun ini sederhana sahaja.
"Saya sibuk memantapkan kerjaya saya pada tahun ini. Jadi saya kurang memberi perhatian terhadap persediaan untuk menyambut Hari Raya," ujarnya lagi yang sibuk merakamkan albumnya serta merangka aktiviti promosi selepas Hari Raya.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home