ELLA + MyMETRO 26 DISEMBER 2007
Album RM1.3 juta bukan kerja gila
Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my
Ruangan RAP
DENGAN kos penerbitan hampir RM400,000, album terbaru Anuar Zain yang menampilkan lagu hit Lelaki Ini, mungkin boleh dianggap album termahal pernah dihasilkan di negara ini.
Namun, rekod yang dipegang Anuar Zain itu berjaya dipintas oleh pendatang baru, Syed Fadhley Shah Datuk Syed Elias (Shah) yang bakal muncul dengan album berjudul ‘Putih’ Shah & Man Kidal pada Februari 2008.
Meskipun, ia bukan album eksperimental dan lagu dihasilkan mengikut perkembangan arus perdana namun pembikinannya dikatakan mencecah RM1.3 juta.
Datuk Syed Elias Syed Ahmad selaku Penerbit Eksekutif album ini berkata, kos penerbitan itu cukup mahal kerana merangkumi pelbagai aspek.
“Ramai menganggap saya buat kerja gila kerana sanggup melaburkan sejumlah wang yang besar hanya untuk menerbitkan sebuah album. Tidak kurang menyindir saya dan menuduh Shah syok sendiri.
“Namun atas dasar minat mendalam terhadap seni khususnya muzik, saya ketepikan soal risiko. Lagipun saya yakin anak saya, Shah mempunyai bakat nyanyian bahkan lebih dari itu dia boleh mencipta lagu dan menulis lirik dengan baik.
“Bagi saya jika tidak saya memulakannya, siapa lagi? Sebagaimana yang kita sedia maklum industri hiburan khususnya muzik semakin tenat bukan saja disebabkan kebanjiran artis luar tetapi juga disebabkan masalah cetak rompak.
“Syarikat rakaman pula sudah tidak lagi berminat mengambil bakat tempatan sebagai artis rakaman mereka. Ini secara tidak langsung, membantutkan perkembangan industri hiburan sekali gus menyebabkan penerbitan album tempatan semakin mengecil.
“Disebabkan itulah saya memberanikan diri menghasilkan album ini dan kos RM1.3 juta membabitkan penubuhan studio Dase Vintage Sound Solutions Sdn Bhd yang berteknologi tinggi, proses ‘mixing’, ‘mastering’ dan promosi,” katanya.

Syed Elias menambah, diharapkan usahanya itu mampu menjadi ikutan dan menggalakkan lebih ramai pihak membantu perkembangan industri seni tempatan.
Selain bertindak sebagai pemilik Dase Vintage Sound Solutions Sdn Bhd, ahli perniagaan terkenal ini turut menyumbang idea dan bertindak sebagai pencipta lagu dan penulis lirik menerusi album ini.
Menurut Shah pula, dia gembira kerana berpeluang berduet bersama Ruth Sahanaya dalam lagu ciptaannya yang berjudul Tanda Hati Yang Satu.
“Saya memang mengagumi Ruth sejak dulu lagi dan peluang merakamkan lagu bersamanya ibarat mimpi jadi nyata. Selain Ruth, saya juga gembira dapat bekerjasama dengan Ella menerusi lagu Kumerindu.
“Selain lagu duet, mereka turut menyumbangkan lagu solo iaitu Teruja dari Ruth dan Orang Muda yang dinyanyikan Ella. Kerjasama dengan dua diva ini diharap dapat memperkenalkan nama saya di persada seni tempatan.
“Malah, saya mengharapkan tuah lagu duet bersama Ruth membantu album ini menembusi pasaran Indonesia,” katanya yang juga Ketua Eksekutif Dase Vintage Sound Solutions Sdn Bhd.
Album yang memuatkan 10 lagu antaranya Jangan Kau Keliru dinyanyikan secara duet oleh Shah dan pendatang baru Gina, Ku Tak Kecewa, Mungkiri Janji dan Ego menampilkan kehebatan Man Kidal selaku penerbit album.
Malah, Man Kidal yang turut hadir di majlis pelancaran album berkenaan di Planet Hollywood, Bukit Bintang baru-baru ini, memaparkan kehebatannya mengiringi kesemua lagu yang terkandung dalam album ini.
“Saya berbangga kerana diberi kepercayaan menerbitkan album ini dan berpuas hati dengan apa yang dihasilkan. Tambah menyeronokkan apabila saya bermain gitar untuk semua jenis genre muzik yang terdapat dalam Putih.
“Sengaja pendekatan seperti ini diketengahkan selepas melihat kolaborasi pemain gitar terkenal Santana dengan penyanyi muda seperti, Rob Thomas, Michelle Branch, Jennifer Lopez dan Steven Tyler berjaya. Justeru, kami mahu menjadikan ia ‘trend’ di Malaysia,” katanya.
Bagi memelihara kualiti produk, Syed Alias berkata, proses ‘mastering’ diadakan di Studio 301 Cologne, Jerman yang menjadi pilihan artis popular antarabangsa antaranya Scorpions, Lionel Ritchie, Whitney Houston, Ashanti , Bobby Brown , Jon Bon Jovi, N’Sync, Backstreet Boys.

“Sengaja saya lakukan proses ‘mastering’; di Jerman, kerana saya dimaklumkan ramai artis terkenal antarabangsa melakukan proses ‘mastering’ di sana dan ini melonjakkan lagi keinginan saya untuk melihat cara mereka bekerja.
“Sebenarnya mereka tidak menawarkan perkhidmatan ini pada sebarangan produk namun saya terharu kerana kehadiran kami diterima dengan baik malah jurutera bunyi D Wegner dan F Richter mengakui album Putih mencapai kualiti antarabangsa.
“Mereka juga terperanjat Dase Studio memiliki serta menggunakan system Protools Digi Design 7.3 Version, HD3 dan Custom 24 yang agak mahal dan terkini. Sedangkan di studio 301 Cologne hanya menggunakan Protools Digi Design 7.1 Version,” katanya.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home