ELLA-RATU ROCK MALAYSIA(DEMI ELLA)

Wednesday, January 02, 2008

ELLA - COUNTDOWN 2008 @ KLCC


Azam baru, Tahun baru 2008
itulah ungkapan yang seringkali kita tanamkan dalam diri biler

masa sampainya tahun baru ini.

Justeru itu, pada 31.12.2007 lepas, pelbagai pihak mengambil

langkah inisiatif untuk menghiburkan penduduk Malaysia khasnya

warga kota Kuala Lumpur dengan kehadiran tahun baru ini.

KLCC Menara Kembar PETRONAS adalah salah satu lokasi yang

seringkali menjadi mangsa pusat perkumpulan warga KL untuk

meyambut kehadiran tahun baru ini.

Maka dengan judul COUNTDOWN 2008 @ KLCC ini juga membuatkan saya

teruja untuk datang ke tempat tersebut dengan ditambah kehadiran

RATU ROCK MALAYSIA yang akan beraksi dan menghiburkan penonton

yang hadir di tempat tersebut dan penonton yang menonton di skrin

kaca.


Berbekalkan kumpulan yang sederhana, saya sempat dan bersemangat

untuk melaungkan nama ELLA dan memperkenalkan negeri kebangaan ku

kepada pengacara tersebut iaitu AC Mizal dan Cheryl Samad apabila

bertanya siapa di kalangan penontong yang datang dari

negeri-negeri yang disebutkan oleh mereka berdua.

Boleh dikatakan pada awal jam pertama kehadiran para penonton

sedikit mengecewakan, namun apabila waktu semakin melabuhkan

dirinya, maka pada jam tersebut jugak manusia-manusia semakin

bertambah dengan semangat tahun baru 2008 mereka.

Aksi ELLA yang ditunggu-tunggu pada ketika itu dapat menyanyikan

lagu medley dengan cemerlang dan sempurna sekali. Berbekalkan

konsep ROCK dengan gabungan SEMBILU+PERMATA BIRU+KESAL, rata-rata

semuanya puas dan kagum dengan persembahan RATU ROCK NEGARA ini.

Dengan sedikit INFO yang diselitkan oleh pihak ASTRO iaitu ELLA

merupakan ARTIS WANITA YANG PALING LARIS JUALAN ALBUM dengan

350,000 unit ianya stau kebangaan oleh artis tersebut dan secara

tidak langsung oleh peminat ELLA sendiri dimana sahaja berada

terutamanya ELLA's GANG.


Cuma terdapat sedikit cacat cela pada berlangsungnya COUNTDOWN

2008 @ KLCC .


Kehadiran pihak RELA yang kononnya ingin mengawal

keadaan hanyalah memberikan halangan kepada penonton yang datang

untuk melihat aksi kegemaran mereka terutamanya RATU ROCK


MALAYSIA, PAPA ROCK dan KING OF ROCK yakni AMY SEARCH. Anggota

RELA yang pada matlamatnya ditugaskan untuk menjaga ketenteraman

hanyalah boleh melakukan tugas tersebut jhika berlaku huru-hara,

bukannya bila masa konsert bermula dan mereka juga turut sesama

berhibur ataupun keadaan tidak terkawal, barulah tindakan RELA

ini menunjukkan taringnya. Apapun terima kasih kepada SECURITY

yang memahami keadaan apabila segelintir penonton menjerit kepada

anggota RELA tentang penghalangan mereka kepada penonton.

AKhirnya anggota RELA tersebut diarahkan ke tepi.

Sama jugalah halnya dengan JURUGAMBAR-JURUGAMBAR yang ingin

membuat liputan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang keadaan

COUNTDOWN 2008 @ KLCC. Ingin mengambil posisi yang menarik hasil

tangkapan gambar mereka sehingga mengaburi pemandagan penonton.

Tak kisahla sebab itu sudah lumrah untuk seseorang yang bergelar

JURUGAMBAR.


Lain pula kesnya dengan penyanyi terakhir yang memberikan

persembahan pada ketika saat itu apabila PAPA ROCK menjemput

penyanyi seterusnya dengan gelaran DIVA. Saya tidak paham dan

tidak dapat hendak mengenalpasti apakah ciri-ciri dan bentuk yang

boleh diperlihatkan sehinggakan gelaran tersebut dapat diberikan

kepada penyanyi tersebut. Dengan alunan suara yang seakan-akan

tak kesampaian dan kekurangan nafas, saya rasa suaranya itu

samalah dengan suara KATAK yang ingin memanggil HUJAN.
Nasib baik pada ketika itu, penonton meluahkan dan melepaskan

ketekanan dengan melaungkan nama ELLA, ELLA, ELLA sehinggakan

penyanyi tersebut malu sendiri dan berkata pada penonton..." U

ALL NAKAL yer"....
YESSSSS!!!! satu tamparan hebat kepada penyanyi tersebut. Dan

syabas kepada ELLA kerana peminat setia bersama anda.

Apapun, rata-rata pada malam tersebut, Saya pulang dengan

senyuman gembira dan puashati kerana RATU ROCK penyanyi yang saya

tunggu mampu memberikan kepuasan kepada peminatnya amnya dan

khasnya kepada ELLA's GANG. Saya harap tenaga dan mutu

persembahan yang meningkat dari semasa ke semasa dan terus maju

ke depan.ALL DA BEST FOR THE GODDES QUEEN OF ROCK MALAYSIA.

SALLAM 2008.

p.s-> InsyaAllah bersempena dengan tahun 2008 ini, blog ini akan

memaparkan pelbagai INFO lama dan terkini tentang RATU ROCK

MALAYSIA ini. So, pastikan anda senantiasa mengunjungi blog DEMI

ELLA ini...JANJI ROCK ITU ELLA, JOJIE & ELLA's GANG



from;
PeDO29
ELLA's GANG
02012008/0900Hrs

0 Comments:

Post a Comment

<< Home