ELLA-RATU ROCK MALAYSIA(DEMI ELLA)

Saturday, March 01, 2008

ELLA + M Online 29 FEBRUARI 2008

Shah mengaku tumpang populariti Ella dan Ruth Sahanaya!


29-02-2008 01:40:52 PM
oleh NURUL AIN HUSSAIN

NAMA album 'Putih' mungkin belum lagi mendapat tempat di hati peminat album Melayu dan tidak segah nama penyanyi-penyanyi popular di Malaysia, walaupun pernah diwar-warkan pelancaran album hujung tahun lalu.

Namun apabila diamati lagu album yang dimilikki oleh penyanyi baru bernama Shah yang menampilkan Man Kidal ini, terdapat kelainan dari konsep pemilihan genre lagu yang dimuatkan dalam album mereka.

Dengan mengetengahkan konsep campuran genre muzik seperti pop, ballad, pop rock dan latin, album 'Putih' itu sememangnya cuba lari dari stereotaip yang sering menjadi pilihan artis masa kini.

Semasa pelancaran album Putih di Planet Hollywood baru-baru ini, Shah sebagai pendatang baru dianggap bertuah kerana mendapat sentuhan daripada gitaris terkenal kumpulan Lefthanded, Man Kidal.



Man Kidal bertindak sebagai penerbit album Putih buat pendatang baru Shah. Manakala Shah turut berduet bersama Ella dalam lagu 'Ku Merindu'. (Foto Star oleh Kevin Tan)

Pada pelancaran album tersebut, turut berlangsung mini showcase selama satu jam tiga puluh minit yang dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh Shah sendiri dengan mendendangkan lagu ‘Ku Tak Kecewa’.

Hadir sama memeriahkan majlis pelancaran album ini adalah Ratu Rock Negara, Ella yang turut berduet bersama Shah dalam lagu ‘Ku Merindu’.


Penonton yang hadir diperdengarkan sepuluh buah lagu yang terdapat dalam album Putih yang dikeluarkan oleh Dase Records.

Turut sama diperkenalkan dalam majlis ini adalah artis naungan terbaru Dase Records Inc iaitu Gina, Indera Putera, Nurul Jannah dan kumpulan Lipstick dengan persembahan masing-masing.

Shah, atau nama sebenarnya Syed Fadhley Shah Datuk Syed Elias turut berpadu suara bersama bintang-bintang popular seni suara seperti Ella dalam lagu 'Ku Merindu'.


Lagu 'Ku Merindu' ciptaan Datuk Syed Elias Syed Ahmad, yang juga ayah kepada Shah, mempunyai susunan melodi dan lirik yang agak catchy dijangka menjadi hits bagi album ini.


Album Putih ini turut memuatkan 10 buah lagu, antaranya Ku Tak Kecewa, Mungkiri Janji, ‘Teruja’, Ego, Tanda Hati Yang Satu, Jangan Kau Keliru dan Cinta Seminggu.

Apa yang istimewanya bukan Ella sahaja dipilih berduet dengan Shah tapi anak muda kelahiran Johor Bharu ini turut berkolaborasi bersama bintang Indonesia, Ruth Sahanaya dalam lagu ‘Tanda Hati Yang Satu’.

Pemilihan Ella dan Ruth Sahanaya dalam albumnya pasti menimbulkan cakap-cakap yang kurang enak didengar dengan mengatakan Shah cuba menumpang populariti artis-artis popular seperti Ratu Rock, Ella dan Ruth Sahanaya.


Namun anak muda yang memiliki Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Am dari Nottingham, England ini tidak menafikan andaian tersebut.

“Memang tidak dapat dinafikan sebagai pendatang baru saya turut menumpang populariti mereka untuk melakukan album saya, itu salah satu strategi pihak pemasaran saya tidak mampu menolaknya,” kata Shah.

“Orang lama ini punya touch mereka tersendiri,” tambahnya.

Ketika ditanya mengenai kos pembikinan album yang menelan belanja besar hingga mencecah RM500,000.

“Kos yang tinggi disebabkan kami menggunakan khidmat proses suntingan terakhir di Cologne, Jerman kira-kira RM50,000.

“Ini kami lakukan kerana mahu menghasilkan album yang mempunyai kualiti yang terbaik untuk peminat di sini,” kata Shah.

Sebagai pendatang baru Shah juga optimis terhadap penerimaan peminat muzik di Malaysia.

“Saya berharap peminat di sini memberi sokongan kepada album saya,” kata Shah.

Sementara itu Ella yang ditemui turut melahirkan keyakinan terhadap anak muda ini.

“El yakin Shah mampu pergi jauh sebab dia berbakat bukan hanya dalam bidang nyanyian tapi dia mampu bermain alat muzik dan mencipta lagu,” kata Ella.

Bagi penerbit album Putih, Man Kidal konsep album ini diilhamkan daripada 'Carlos Santana' yang memberinya inspirasi kepadanya semasa pembikinan album ini.

"Corak urban muzik yang diketengahkan sesuai untuk golongan muda sekarang kerana ia gabungan semua muzik dan mesejnya juga ringan dan mudah difahami," kata Man Kidal.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home