ELLA-RATU ROCK MALAYSIA(DEMI ELLA)

Tuesday, June 24, 2008

ELLA -> KOMPILASI ELLA BALADA

E.L.L.A !! itulah bait huruf yang sentiasa menyinar hidup kita dari dekad 80-an sehinggalah era kini. Dengan laungan lagu-lagu yang pasti menyegarkan sanubari kita utk mendengarnya, sudah pasti setiap album yang dikeluarkan oleh insan yang bernama ELLA ini akan menjadi koleksi mahupun pelengkap saluran perbelanjaan bulanan kita untuk memilikinya samada untuk dijadikan harta turun temurun ataupun teman penghibur di kala kita memerlukan dan dihiburkan.

Berbekalkan pakej dan peluang yang dimiliki oleh penyanyi RATU ROCK MALAYSIA ini, sekali lagi pihak syarikat rakaman RATU ROCK ini iaitu EMI mengeluarkan album kompilasi yang boleh dikatakan seperti tangkap muat yang mana album ini menghimpunkan koleksi lagu-lagu balada bermula dengan zaman lagu DUA INSAN BERCINTA sehinggalah lagu RETAK yang mana pada tempoh zaman tersebut, majoriti lagu-lagu balada RATU ROCK MALAYSIA ini lebih kepada lagu-lagu KILLER SONG.

Jika dilihat pada muka depan CD Kompilasi BALADA ELLA ini, ianya hanyalah dikeluarkan semata-mata untuk tangkap muat sahaja dan bukanlah berobjektifkan untuk memuaskan hati peminat yang inginkan sesuatu himpunan album daripada RATU ROCK MALAYSIA ini untuk dijadikan koleksi peribadi mahupun koleksi HARTA TURUN TEMURUN untuk generasi yang akan datang.

SUngguh hairan dan pelik kenapa pihak syarikat rakaman zaman kini kebanyakkannya hanya mampu untuk mengeluarkan album yang tangkap muat sahaja. Walhal sesuatu album yang dikeluarkan oleh artis rakaman lebih-lebih lagi seperti RATU ROCK MALAYSIA ini yang empunya peminat tersendiri, amatlah mengharapkan kualiti album yang boleh dijadikan koleksi peribadi ditambah dengan lagu-lagu yang akan menjadi siulan masa kini mahupun akan datang.

APakah pihak SYarikat Rakaman Artis sekarang ini seperti EMI yang begitu gah tidak mampu mengulangi saat-saat kegemilangan era 80-an dan 90-an?
Atau mungkin dengan kewujudan kecanggihan teknologi membuatkan industri rakaman semakin muram akibat internet dan virus format mp3?
Atau mungkin ianya atas sikap dan tindakan manusia yang ingin mengambil sambil lewa atas titik peluh usaha orang lain.

Apapun, diharap sokongan kita akan terus kukuh dan jitu untuk memperjuangkan insan yang bernama E.L.L.A dengan jolokan yang tiada tandingan RATU ROCK MALAYSIA.

6 Comments:

Blogger Anynomous Fan said...

tu arr pedo. EMI slalu came up ngan kompilasi lagu2 yg mmg dah ade dlm koleksi kita. might as well dorang kuarkan 1-2 single baru dulu kalau pon dorang cannot afford the whole album.

maybe it's abt time..ella bergerak sendiri...ngan label dia sendiri. what say u?

Wednesday, June 25, 2008 10:01:00 AM  
Blogger pEdo29 said...

This comment has been removed by the author.

Thursday, June 26, 2008 9:49:00 PM  
Blogger pEdo29 said...

thanks ur attention "aku"..

i think bkn ELLA begerak sendiri la penyebab EMI selalu kuarkan album KOMPILASI..but EMI mempergunakan kelebihan n keistimewaan yang ELLA miliki...

i think also EMI takut kot nak buat pelaburan yg besar lagi utk ELLA...yelah kan..since album EL...ramai da peminat ELLA masa 30110 n USA berkurangan berminat ngn album but still minat ngn ELLA n ada yg malu-malu CAT lak mengaku minat ELLA...ahaks.sapa tu ya!!...so, EMI kenalah pandai buat "MARCKETING STRATEGIC"..but if one of MARCKETING STRATEGIC tu is kuarkan album kompilasi without new SINGLE..besar kemungkinan akan sedikit demi sedikit peminat ELLA akan muak n lari ditambah dgn kenaikan harga barang n minyak..lagila dorg malas nak beli menda yg sama...
so, EMI, ELLA & JOJIE yg kena pandai memainkan peranan dlm hal ini...
Apapun, i windu n berhajat sgt2 saat2 album 30110 n USA akan berulang kembali..Sama-samalah kita berdoa ya..AMIN!!..

apapun....as a regular fanz ELLA, HARTA TURUN TEMURUN harus diteruskan. So, apa bentuk pun album ELLA yang EMI kuarkan.....i tetap menjadi PEMBELInye.....sbb..ROCK ITU ELLA, JOJIE & ELLA's GANG..

nway....KEEP ON ROCKIN alwiz ya..

Thursday, June 26, 2008 9:53:00 PM  
Blogger ZaMj said...

emm ..bosan dgn EMI

Monday, September 29, 2008 4:19:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

aku rindu la nk tgk ella nyanyi kat atas pentas..mase zaman die tgh top dlu memang tarbaek la...aku memng minat gile kat ella ni..klu dpt peluang amik gambar dgn die,memng aku amik...kat mane die skarang ek?..

Thursday, April 21, 2011 5:52:00 PM  
Blogger Unknown said...

Saya mau download lagu Ella,lagu paforit saya

Monday, October 07, 2013 12:14:00 PM  

Post a Comment

<< Home