ELLA-RATU ROCK MALAYSIA(DEMI ELLA)

Tuesday, June 24, 2008

ELLA + UTUSAN MALAYSIA 12 JUN 2008


Alhamdulillah....

Satu lagi pujian harus diberikan kepada akhbar UTUSAN MALAYSIA kerana berjaya memenuhi kehendak peminat RATU ROCK MALAYSIA untuk mewar-warkan khabar berita perkembangan RATU ROCK MALAYSIA ini pada 12 Jun 2008 bersamaan hari KHAMIS dengan ruangan HITTS.

Pujian harus diberikan kepada wartawan UTUSAN MALAYSIA iaitu NOR FADZILAH BAHARUDIN atas daya usaha untuk mewawancara RATU ROCK MALAYSIA. Apa yang kita sedia maklum, kesibukkan RATU ROCK NEGARA ini dengan persembahan-persembahan sama ada umum atau persendirian membuatkan wartawan-wartawan Malaysia agak sedikit susah untuk mengadakan sesi temuramah bersama ELLA. Namun atas inisiatif daripada wartawan UTUSAN MALAYSIA ini, akhirnya sekali lagi wajah RATU ROCK MALAYSIA terpampang di dada akhbar. Dapat juga seluruh penduduk Malaysia berkongsi khabar berita bersama ELLA dengan perkembangan terkini.

Syabas dan tahniah buat NOR FADZILAH BAHARUDIN dan terima kasih diucapkan atas usaha tersebut daripada peminat-peminat ELLa terutamanya ELLA's GANG.

dprd;
PeDO29
ELLA's GANG

0 Comments:

Post a Comment

<< Home