ELLA -> KOMPILASI RAMLI SARIP vs ELLA
RAMLI SARIP vs ELLA. Nampaknya dua nama ini bagai dijadikan satu pertarungan yang hebat dalam satu gelanggang. Dua nama ini juga yang bakal menggegarkan danmengimbau kembali memori keindahan bait-bait lagu mereka. Dua nama ini juga yang akan mengenangkan kita nostalgia yang tercipta tika lagu-lagu yang berada di gelanggang ini saling mempertaruhkan kehebatan masing-masing.
Mungkin itulah rahsia ataupun resepi satu lagi syarikat rakaman tempatan iaitu WARNER MUSIC MALAYSIA memperjuangkan produk yang dimiliki untuk diniagakan di pasaraya yang sentiasa menguntungkan bagi barang-barang yang intik dan elegan.Itulah juga intipati inisiatif yang diambil dan ditiru oleh syarikat rakaman tempatan ini daripada syarikat gergasi yakni EMI ekoran daripada karisma yang dimiliki oleh insan yang mempunyai 4 bait huruf ini. Berbekalkan barang-barang yang telah sekian lama dipendamkan, maka syarikat ini yakin dan sanggup menanggung risiko untuk memperlakukan semula lagu-lagu dua insan yang tidak asing lagi namanya di arena seni hiburan tanahair.
Malahan, berani dikatakan bahawa adalah satu kebangaan dan kepuasan apabila memiliki album IDENTITI ELLA dalam bentuk cakera padat. Dan kegembiraan ini dapat dikongsi jika ada insan yang masih dan terus menyimpan koleksi cakera padat untuk album IDENTITI ELLA.
Dengan itu, syabas dan tahniah juga harus diberikan serba sedikit kepada kompilasi RAMLI SARIP vs ELLA yang mampu memberikan senyuman sedikit kepada peminat RATU ROCK ini.
Dipercayai juga mungkin peminat Papa ROCK MALAYSIA mampu tersenyum dengan koleksi lagu-lagu yang dihimpunkan dalam album ini.
KEEP ON ROCKIN guys...
2 Comments:
Hi Blog owner...saya juga peminat setia Ella dari zaman The Boys lagi. Dan saya masih menyimpan semua album2 Ella termasuk Identiti...kalolah ada rakan yg pandai tukar lagu dari kaset atau CD ke MP3 kan elok
ye kerk..how to contact u ya...nnti easy kiter keep in mssg or if we have luck, bole rockin together-gether tgk show ELLA....hehehehe :D
Post a Comment
<< Home