ELLA-RATU ROCK MALAYSIA(DEMI ELLA)

Friday, September 05, 2008

ELLA + KOSMO! ONLINE 05 SEPTEMBER 2008


Ella masih artis EMI -

KOSMO ONLINE
5 September 2008
Oleh JESSABELL SOO
jessabell@kosmo.com.my


TIDAK banyak mengambil tahu mengenai penutupan operasi jabatan domestik EMI.

SUDAH lama rasanya peminat Ella tidak mendengar sebarang berita mengenai dirinya. Baik dari segi kerjaya mahupun peribadi, ratu rock negara ini senyap tanpa khabar kebelakangan ini.

Apabila berita mengenai syarikat rakaman EMI Malaysia Sdn. Bhd. sedang dalam proses menamatkan operasi bagi jabatan domestiknya, ramai yang risau dengan nasib penyanyi di bawah naungannya termasuk Ella.

ELLA terbukti masih memiliki nilai yang tinggi setanding dengan artis popular masa kini seperti Faizal Tahir.

Berita ini bukan sahaja membimbangkan penyanyi tetapi juga penggiat muzik tempatan kerana EMI bukanlah syarikat rakaman kecil tetapi label antarabangsa yang sudah lama bertapak kukuh dalam arena muzik.

Penutupan operasi domestik ini dilihat akan mengehadkan lagi penerbitan album tempatan malah 'memusnahkan' periuk nasi artis di bawah label itu apabila kontrak mereka akan ditamatkan.

Namun, bagi Ella yang sudah berada di bawah payung EMI selama 16 tahun, dia sedikit pun tidak berasa risau dengan berita penutupan itu.

"Saya tidak risau kerana saya sebagai penyanyi tidak banyak terjejas dengan penutupan bahagian domestik itu.

"Mereka (EMI) cuma melakukan penukaran pekerjanya dan mungkin akan bergabung dengan syarikat rakaman lain," tegas Ella yang ditemui pada rakaman program Rock Ghazal, baru-baru ini.

Ella mencatat sejarah dalam industri muzik tempatan apabila albumnya, 30110 yang diterbitkan pada tahun 1992 dijual mencecah 300,000 unit.

Penyanyi ini meraih lagi satu kejayaan luar biasa apabila albumnya, Ella USA yang diterbitkan pada tahun 1994 turut mencatat jualan melebihi 300,000 unit.

Mungkin melihatkan kejayaan dan potensi penyanyi berusia 42 tahun ini, Ella baru sahaja menandatangani perjanjian baru yang membolehkan dia terus bernaung di bawah EMI.

"Apa yang pasti saya masih bersama lagi dengan label EMI. Saya baru sahaja menandatangani perjanjian baru dengan mereka (EMI) beberapa minggu lalu.

"Jadi buat masa ini, tiada apa yang berbeza sehingga diberitahu oleh syarikat pada masa akan datang," jelas Ella yang bakal berduet dengan sebuah penyanyi berkumpulan untuk album terbarunya.

Tidak banyak mengambil tahu mengenai penutupan operasi jabatan domestik EMI, Ella yakin proses itu tidak akan menjejaskan kariernya.


KELAINAN. Aksi Ella pada rakaman program Rock Ghazal.

Namun, apabila ditanya lebih lanjut mengenai artis lain yang turut bernaung di bawah EMI, Ella bagaimanapun tidak begitu jelas dengan nasib mereka.

"Saya tidak tahu mengenai nasib artis lain. Apa yang saya dengar, syarikat rakaman akan memilih siapa artis yang akan ditamatkan kontrak dan artis mana yang akan meneruskan perjanjian dengan EMI.

"Mungkin sekitar bulan Oktober atau November nanti semuanya akan diketahui," tambah Ella yang kali terakhir muncul dengan album berjudul Rama-Rama.


p.s-> credit to KOSMO ONLINE ya kerna mewar-warkan berita RATU ROCK MALAYSIA nie utk seluruh peminat-peminat ELLA...suka kat ayat nie "SUDAH lama rasanya peminat Ella tidak mendengar sebarang berita mengenai dirinya. Baik dari segi kerjaya mahupun peribadi, ratu rock negara ini senyap tanpa khabar kebelakangan ini."...gua rasa wartawan n media massa yang patut memainkan peranan utk hal ini. Kami amat MERINDUI berita@info2 dari RATU ROCK NEGARA, ELLA.

1 Comments:

Blogger ZaMj said...

kekadang bengang juga dgn kenyataan media ni...jualan album ella 30110 BUKAN mencecah malahan album tu terjual melebihi 350 000 unit pada tahun album itu dikeluarkan..jadi kalau dah puluhan tahun masih dpasaran mungkin album tu dah mencecah ke angka 400 000 unit. Ini dok ulang jumlah jualan puluhan tahun yg lepas..begitu jula ELLA USA sedangkan album tu terjual melebihi 350 000 unit bukan melepasi 300 000 unit dan skrg album tu dah tejual lebih 500 000 unit.

Monday, September 29, 2008 4:12:00 AM  

Post a Comment

<< Home