ELLA-RATU ROCK MALAYSIA(DEMI ELLA)

Friday, September 05, 2008

ELLA + My METRO ONLINE 01 SEPTEMBER 2008

Soseh Soseh: Kerjaya Ella tak terjejas

MyMETRO ONLINE
Isnin, 01 September 2008

Rap
SEKIAN lama menyumbang untuk kegemilangan persada seni tanah air, syarikat rakaman EMI Malaysia Sdn Bhd dalam proses menutup operasi bagi jabatan domestik. Berita ini ternyata membimbangkan ramai penggiat industri muzik tempatan.

Ia secara tidak langsung menunjukkan betapa tenatnya keadaan pasaran album sekarang sehinggakan syarikat rakaman antarabangsa tidak berani mengambil risiko untuk menerbitkan album penyanyi tempatan.

Selain mengecilkan jumlah kakitangan yang ada sekarang, SS difahamkan beberapa artis yang bernaung di bawah syarikat rakaman itu akan ditamatkan kontraknya.

Apabila perkara itu dikhabarkan, SS terus terfikir mengenai masa depan penyanyi yang turut digelar ratu rock, Ella. Adakah dia juga akan dilepaskan syarikat rakaman antarabangsa itu.

Baru-baru ini sewaktu bertemu dengan Ella, rakan sekerja SS membawa pulang berita gembira dengan mengatakan penyanyi yang mencatat sejarah menerusi album ELLA USA apabila jualannya mencecah 300,000 unit itu baru saja menandatangani perjanjian untuk terus bernaung di bawah EMI.


Kata Ella kepada teman SS itu, tidak banyak perkara yang dia tahu mengenai penutupan operasi jabatan domestik EMI, namun beberapa minggu lalu dia sudah pun dipanggil dan berbincang dengan pihak pengurusan syarikat rakaman itu.

Walaupun operasi akan dikecilkan tetapi kerjaya nyanyian Ella sebagai artis rakaman tidak terjejas, namun apabila ditanya lanjut mengenai artis lain jelasnya dia tidak pasti.

Tambahnya perkara itu hanya akan diketahui semua pihak termasuk kakitangan syarikat rakaman itu Oktober atau November ini

Kata Ella lagi perjanjian yang ditandatangani pihaknya bukanlah kontrak baru, dan sebaliknya ia akan dilakukan kemudian apabila segala urusan membabitkan pihak pengurusan selesai.

SS tumpang gembira dengan berita baik ini dan waktu sama akan terus mendoakan kerjaya Ella terus kukuh dalam industri muzik tempatan.


p.s-> credit to MyMETRO ONLINE kerna sudi berkongsi berita ini dgn peminat-peminat ELLA...kami doakan supaya kerjaya ELLA akan senantiasa sukses n murah rezki+di limpahkan rezki yang banyak oleh Maha Esa.

* sorry ya baru nak upload INFO nie..sepatutnya Isnin(01/09/08) lepas...nway,,, enjoy n teruskan sokongan kita kepada RATU ROCK NEGARA, ELLA

0 Comments:

Post a Comment

<< Home