ELLA-RATU ROCK MALAYSIA(DEMI ELLA)

Thursday, December 25, 2008

GudBye EMI, wELkom WARNER MUSIC !!!!





[25 Dec. 2008 @ 0530Hrs]

SaLLam guys...

a big sorry ya sbb da lama x update tis blog...kepada yg memberi perhatian n prihatin akan blog ini, terima kasih banyak2 kerna sudi bertanya soklan "BILA NAK UPDATE BLOG NIE"....

sebenarnya, byk cete yg kita bole kongsi sesama dan banyak bahan yg bole di masukkan dlm blog nie mengenai ELLA, JOJIE & ELLA"s GANG...namun masa n kerjaya yg menjadi sedikit penghalang utk gua nak update blog nie. Al maklumlahkan, gua nie bab-bab mengarang nie kurenggggggggg sikit, kena ada FEEL+AURA ELLA tu dtg baru byk idea yang bole timbul....apapun..teruskanla ya menjenguk+menziara+melayari blog gua nie hari-hari....andaikanlah melayari blog nie akan mendekatkan kita lagi diantara satu sama lain...

okla...isu yg gua nak utarakan di sini adalah pengHIJRAHan syarikat rakaman RATU ROCK MALAYSIA ini...Rata-rata tahu dan sediamaklum bahawa syarikat rakaman gergasi EMI hampir2 kepada penutupan dan melayarkan tirainya ekoran daripada keadaan INDUSTRI RAKAMAN yang tidak lagi memberikan keuntungan dan kekayaan yang memuaskan kepada syarikat ini. Hal ini mgkn juga disebabkan manusia zaman kini sudah cerdik2 belaka yang bijak menggunakan format MP3 daripada format CD+KASET..maknanya, format mp3 ini begitu mudah utk dikongsi dan didapati menyebabkan manusia ini malas o sayang utk melaburkan wang+duit mereka utk membeli CD+KASET yg ORIGINAL.Akibatnya maka tak banyaklah CD+KASET seseorang artis itu terjual, jadi yg menjadi mangsanya ialah artis tersebut dan juga syarikat rakaman.Maka dengan itu juga syarikat EMI telah melepaskan beberapa artisnya. Kepada yg berdikari mgkn masih mampu lagi memperjuangkan seninya, namun kepada yang tidak akan terus berdiam sahaja......

Apa yang gua di pahamkan oleh pihak tertentu berkaitan dengan RATU ROCK MALAYSIA ini, ELLA telah berhijrah ke syarikat rakaman WARNER MUSIC yang mana pada suatu ketika dahulu jika gua tak silap, ELLA pernah bernaung di syarikat ini dengan 3 album iaitu album IDENTITI, PENGEMIS CINTA dan PUTERI KOTA. So, pada album ini jugalah ELLA mula melakar sejarah satu demi satu sehinggalah EMI menyuntingnya dengah kejayaan pada album 30110 dan USA. Sebaliknya penghujung 2008 menyaksikan bahawa ELLA akan sekali lagi bernaung dibawah syarikat rakaman WARNER MUSIC.

Harapan kami, lagu-lagu seperti yang terkandung dalam album IDENTITI, PENGEMIS CINTA & PUTERI KOTA akan berulang lagi. Ini disebabkan jika kita perhatikan, penerbit ketiga-tiga album ini juga bernaung di syarikat yang sama iaitu abg RAMLI SARIP. Kebetulan pula, ada besar kemungkinan projek bersama antara PAPA ROCK dan RATU ROCK akan berulang sekali lagi.

Jadi sama-samalah kita berdoa agar semua perancangan akan berjalan dengan lancar. Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukanNya....
AKhir kata, teruskan menyokong RATU ROCK MALAYSIA dan juga teruskan melayari blog DEMI-ELLA.


frm:
PeDO29
ELLA's GANG

2 Comments:

Blogger ZaMj said...

fuyoooo......ada harapan la 3 album terdahulu di repack semula...

Monday, January 26, 2009 3:06:00 PM  
Anonymous fazrul said...

aku pon mintak2 3 album tu direpack semula. Wait!!! Repack mcm mane maksud kau??? aku tk nk kompilasi dari ketiga-tiga album tu. aku nk syarikat rakaman itu kluarkan album tiga-tiga album itu tersendiri. Aku dh ada Pengemis Cinta and Puteri Kota cuma Identiti blom ada. So aku nk album Identiti dikeluarkan semula. album Puteri Kota and Pengemis cinta bleh dikeluarkan semula tapi utk org yg tkder jek lah. aku tk nk tiga2 album itu dikeluarkan melalui kompilasi. Buat aper beli kompilasi rugilah....

Monday, March 30, 2009 1:56:00 PM  

Post a Comment

<< Home