ELLA-RATU ROCK MALAYSIA(DEMI ELLA)

Sunday, February 15, 2009

ELLA -> ABP @ PENYANYI WANITA POPULAR ...

12 FEB. 2009
0500HRS
PeDOs


Anugerah Bintang Popular adalah satu anugerah yang jurinya di dasarkan kepada pembaca suratkhabar BERITA HARIAN. Dalam suratkhabar ini juga diselitkan dan dibekalkan borangnya bersama-sama.

Gua amat tertarik dengan pencalonan khusus kepada PENYANYI WANITA POPULAR kerana dengan kategori ini maka gua ingin memastikan bahawa artis kegemaran gua mahupun orang ramai tersenarai dalam pencalonan PENYANYI WANITA POPULAR.

Hairan dan Pelik itulah antara barisan nama yang boleh gua berikan untuk pencalonan 2008 yang akan dilangsungkan pada tahun 2009 ini. Apa tidaknya, senarai nama RATU ROCK MALAYSIA tidak tersenarai dalam banyak-banyak artis di Malaysia ini sebagai PENYANYI WANITA POPULAR, walhal seperti yang kita sediamaklum bahawa kehebatan dan bakat yang dimiliki insan yang bernama ELLA ini memang tidak asing lagi. Namun dimana silap dan provokasi yang ingin ditonjolkan oleh pihak BERITA HARIAN. Adakah kerana kesibukan ELLA dalam menjalani aktiviti seni menyebabkan ELLA tidak tersenarai dalam carta tersebut. Atau adakah hanya kerana ELLA jarang ataupun kurang kelibatnya di MEDIA MASSA amnya dan khasnya suratkhabar BERITA HARIAN terpampang insan yang bernama ELLA ini adalah sebab musababnya.

Gua mewakili penduduk dunia,terutamanya peminat-peminat ELLA begitu terkilan dan terguris dengan tindakan tersebut yang diputuskan oleh pihak BERITA HARIAN. Sepatutnya nama RATU ROCK NEGARA MALAYSIA ini tidak perlu diasingkan ataupun di pinggirkan dalam pencalonan PENYANYI WANITA POPULAR ekoran kesibukkan beliau memenuhi undangan-undangan dalam "private function'. Maka diharap pihak BERITA HARIAN yang menganjurkan ANUGERAH BINTANG POPULAR ini tidak melakukan provokasi ataupun sabotaj kepada peminat-peminat artis MALAYSIA.
Apa yang pasti negara kita MALAYSIA adalah negara DEMOKRASI.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

ya..sama2 terkejut.. memang sekitar tahun 2006,2007,2008,2009 - nama ella jarang tersenarai dalam mana2 anugerah muzik tanahair. ketegori penyanyi/artis rock wanita pun 'hilang' dari majlis anugerah. lepas ni tak perlu laa pihak akhbar tulis apa2 artikel berkaitan 'artis perlu berubah mcm tu mcm ni kalau nak maju hingga ke luar negara' sedangkan mereka sendiri yang menutup pintu. sekian. kesulitan anda terpaksa baca panjang2 amat disesali. - i love ella.

Wednesday, November 07, 2012 6:09:00 AM  

Post a Comment

<< Home