ELLA-RATU ROCK MALAYSIA(DEMI ELLA)

Friday, March 27, 2009

ELLA -> I LOVE ELLA ( ELLA's GANG 2009)

ya..itula kira ungkapan yang akan membongkar perasaan peminat-peminat ELLA. Tak kira yg tua, muda atau kanak-kanak pasti akan dpt melaungkan perasaan mereka dengan memakai moto t-shirt ini.

Sengaja memilih n menciplak style baju ini daripada corak baju lain bahawa dengan cara ini juga kita dapatkan meluahkan rasa keCINTAan kita kepada seseorang. Begitu sayang dan cintanya kita kepada orang tersebut sebagaimana kita sayang kepada bangsa, negara dan agama. Itula perumpamaan yang boleh digambarkan utk tema baju ELLA's GANG 2009 ini.

Bersempena dengan album baru ELLA yang akan datang juga, gua harap semua peminat ELLA akan BERLARI untuk menyatakan rasa cintanya kepada ELLA dengan memakai t-shirt ini.
Sesungguhnya kandungan tersirat PUISI HAMBA adalah dengan memakai baju ELLA's GANG 2009 ini.

Kepada gang-gang lain, gua mohon maaf kerna membuat keputusan mendadak utk melancarkan t-shirt ini sebagai baju baru ELLA"s GANG 2009. Gua harap, tahun ini akan membawa sinar kebahagiaan n kegembiraan kita bersama-sama. Laungan I LOVE ELLA samalah juga diertikan bahawa kecintaan dan kesayangan persahabatan kita yang kian lama terjalin.
Sesungguhnya, yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan gua. Dan jika ianya kelemahan gua, gua mohon agar gang-gang dapat menegur dan membetulkannya. Gua terima dengan hati terbuka dan fikiran terbuka. apapun, KEEP ON ROCKIN guys...JANJI ROCK ITU ELLA, JOJIE + ELLA's GANG.



sebarang pertanyaan dan tempahan bole lah menghubungi email ni..pedo_ombakwarna@yahoo.com
.......

0 Comments:

Post a Comment

<< Home