ELLA-RATU ROCK MALAYSIA(DEMI ELLA)

Friday, March 06, 2009

ELLA -> Majalah Vs TV


Cover Majalah, Media Elektronik terutamanya Televisyen adalah faktor penguat seseorang itu untuk memancing lebih ramai lagi peminat-peminat di Tanah Air kita. Lazimnya,apabila seseorang artis itu memiliki wajah yang CANTIK dan JELITA, secara tidak langsung ia adalah pakej yang sempurna dan menjadi rebutan para editor majalah. Namun apa yang berlaku pada tahun 2008 untuk peminat-peminat RATU ROCK MALAYSIa khasnya telah diguriskan oleh sebahagian malahan berani gua katakan keseluruhannya editor-editor Malaysia. Apa tidaknya, pakej yang telah dimiliki oleh insan yang mendapat jolokan RATU ROCK MALAYSIA ini tidak digunapakai dan diambilberat oleh sebahagian editor majalah yang hanya mementingkan keuntungan tetapi bukanlah kepuasan pembaca-pembaca majalah tersebut.

Gua tertanya-tanya di suatu ketika apakah faktor atau penyebab RATU ROCK NEGARA ini kurangnya menjadi "Cover Depan" untuk sesebuah majalah. Gua tertanya juga di mana silapnya kami sebagai peminat untuk meluahkan dan mencurahkan bahawa kami inginkan ELLA sebagai Cover Majalah untuk setiap bulan. Jika di lihat terdapat pelbagai majalah yang melambak di pasaran, namun hampa dan kecewa juga yang dimiliki apabila setiap kalu mengunjungi kedai buku ataupun gerai buku, kelibat wajah ELLA tidak kelihatan.

Ada seorang hamba Allah yang terlibat dalam bidang penulisan ini telah memberi dan menegaskan kepada gua sebab musabab ELLA tidak dapat menjadi COver Depan untuk sesebuah Majalah.
Jika dilihat dari segi umur memang ELLA adalah insan yang akan dimamah usia dan terus menikmati penambahan angka yang tidak diundang. Tetapi jika dilihat pula dari segi raut wajah dan bentuk penjagaan kulit dan seumpamanya ELLA mampu menumbangkan gadis-gadis mahupun jelitawan yang terdapat di MALAYSIA ini. Kejelitaan dan Keayuan ELLa memang tidak asing lagi. Kalu dulu ELLA berjinak dengan muzik ROCK dan hanya berlandaskan seluar jeans dan kemeja T putih, namun kini ELLA sudah pandai bergaya dan menjadi ayu serta feminin. Sebab beliau sedar bahawa usia semakin memamah beliau, namun ketetapan dalam penggayaan haruslah dikekalkan. Gua mewakili peminat-peminat ELLA di seluruh Malaysia bangga dan terharu dengan perubahan dan imej yang dibawa oleh ELLA. Dengan ini, kami bole menjadikannya role model untuk kekal sebagai awet muda. Gua yakin kebanyakkan peminat-peminat ELLA juga sedang kini dimamah usia, namun sebahagian daripada mereka tidak dapat mengekalkan awet muda seperti mana apa yang ELLA lakukan. Di mana silapnya?.
Alasan yang diberikan oleh hamba Allah tersebut adalah ELLA sudah melebih umur yang dihadkan oleh sesebuah editor majahlah untuk menjadi cover depan. Jadi kiranya hanya sesuai untuk sesetengah majalah yang lebih bercorak ke arah majalah veteran. Kenyataan hamba Allah tersebut adalah semata-mata mengecewakan dan meyebabkan kemarahan kepada peminat-peminat ELLA. Jika begitula ayat yang disusunkan dan dilontarkan kepada peminat-peminat ELLA, gua yakin akan berlakunya demonstarasi dan rusuhan antara peminat ELLA Vs Media MASSA. Justeru, gua menegaskan bagi wakil daripada peminat-peminat seni tanah air Malaysia agar lebih bersifat DEMOKRASI.

Rakaman terakhir bersama-sama RTM semasa album SIMBIOSIS...Lepas daripada album ini, ELLA tidak pernah-pernah muncul lagi di RTM.Apakah masalahnya, hanya mereka-mereka sahaja yang mengetahuinya.

APa yang kami harapkan,dimasa hadapan agar banyak lagi pihak-pihak tertentu mencuri dan mengambil peluang akan kelebihan dan kebolehan yang dimiliki oleh insan yang bergelar RATU ROCK MALAYSIA atau lebih dikenali dengan huruf E.L.L.A.
`

0 Comments:

Post a Comment

<< Home