ELLA -> new album 2009. BERLARI? PUISI HAMBA?

Album 30110 dan USA adalah jolokan album yang pernah dilakarkan oleh ELLA suatu masa dahulu apabila mencatat penjualan album yang paling laku dan hampir-hampir mencecah kepada jutaan belian. Album ini jugalah yang menggelarkan ELLA sebagai ARTIS JUALAN ALBUM TERBANYAK DI MALAYSIA yang sehingga kini tidak mampu diatasi oleh mana-mana artis tempatan. Situasi inilah juga yang peminat-peminat ELLA inginkan dan idamkan sekali lagi mengulangi kejayaan tersebut.
Ekoran daripada penghijrahan syarikat rakaman daripada EMI ke WARNER MUSIC, langkah ini diharap dapat memberikan impak yang dapat mengulangi lagi memori manis suatu ketika dahulu. Dengan menpertaruhkan tiga buah lagu sebagai single berserta dengan MTV videoclip lagu tersebut, langkah ini perlulah dipuji dan diambil iktibar sebagai salah satu langkah pemasaran yang positif ekoran ledakan cetak rompak dan budaya VIRUS mp3.
BERLARI, PUISI HAMBA antara tajuk lagu yang bakal dicanangkan oleh RATU ROCK MALAYSIA. apa yang pasti setiap lagu-lagu yang disiulkan oleh RATU ROCK MALAYSIA ini pasti menjadi kegilaan ramai pendengar dan pencinta muzik. Lirik sudah diketahui namun melodi masih TINGGAL TANDA TANYA. Namun ucapan terima kasih kepada pengurus ELLA yakni JOJIE yang sudi berkongsi kegembiraan untuk mewar-warkan lirik lagu tersebut. APa yang kami harapkan sebagai peminat RATU ROCK MALAYSIA ini agar tidak di hampakan dan di kecewakan.

Dikhabarkan juga, 3 lagu single ini telah hampir-hampir siap untuk disumbatkan ke telinga manusia. Dan pada masa kini juga, 2 wanita adik beradik ini telah ke Sydney AUSTRALIA untuk membuat rakaman MTV bagi lagu tersebut, Semoga perjalanan dan apa yang dirancangkan semuanya berjalan dengan lancar. Kami mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ELLA dan JOJIE. Sesungguhnya kami MENANTI dengan penuh IKHLAS, SABAR dan BENAR.
1 Comments:
This design is steller! You certainly know how to keep a reader entertained.
Between your wit and your videos, I was almost moved to start my own
blog (well, almost...HaHa!) Great job. I really enjoyed what you had
to say, and more than that, how you presented it.
Too cool!
Take a look at my blog post http://giaoluu.bannhac.com
Post a Comment
<< Home