ELLA-RATU ROCK MALAYSIA(DEMI ELLA)

Thursday, April 16, 2009

ELLA -> 3 lagu Single 2009!


16 April 2009
1530Hrs

Alhamdulillah hanyalah ungkapan yg perlu diucapkan kepada RATU ROCK MALAYSIA
dengan penantian tiga buah tangan khas untuk peminat-peminat hiburan tanah air amnya dan peminat-peminat Ratu Rock Malaysia khasnya.

Bermula dengan single PUISI HAMBA, diikuti oleh dua buah lagu baru lain iaitu JIWA SETIA dan MENCARI yg dulunya diwar-warkan sebagai BERLARI. Dengan tiga buah lagi ini maka berakhirla penyeksaan dan penungguan peminat ELLA setelah lebih kurang 3 tahun bertapakan diri selepas album RAMA-RAMA. Dengan kemunculan tiga buah lagu ini, maka akan berserilah lagi dunia hiburan kita. Bersemaraklah lagi rasa kecintaan dan kesokongan kita kepada RATU ROCK NEGARA ini.

PUISI HAMBA adalah lagu pertaruhan yang pertama yang boleh kini didengari di corong-corong radio.Lagu yg jika dilihat secara kasar lebih kepada perpisahan antara orang yang disayangi ini bersesuaian dengan keadaan semasa dengan apa yang berlaku di GAZA. Diharap dengan lagu ini maka semangat kita untuk membantu rakyat GAZA akan berterusan.Langkah untuk mempertaruhkan lagu ini sebagai single pertama adalah suatu kebijaksanaan yang harus dipuji. Dengan lagu berentak easy song, ianya mampu mengangkat lagu tersebut seiring dengan lagu-lagu BERHANTU ELLA sebelum ini seperti RAMA-RAMA, SEMBILU, RETAK, TINGGAL TANDA TANYA, LAYAR IMPIAN, TIADA TANGIS LAGI, DUA INSAN BERCINTA, PENGEMIS CINTA, SEPI SEKUNTUM MAWAR MERAH dan banyak lagi. Diharap lagu PUISI HAMBA ini dapat menambat hati rakyat Malaysia dan seluruh dunia.

JIWA SETIA. Lagu yang berentak rancak ini mengingatkan kita kepada elemen- elemen lagu ella dalam album INDENTITI, PENGEMIS CINTA dan PUTERI KOTA. Dengan alunan bunyi gitar dan susunan muzik yang rancak, ia seakan-akan lagu KESAL yang dulunya mengangkat lagu tersebut sebagai lagu yang takkan luput dek zaman. JIWA SETIA juga adalah satu sentuhan yang harus diberi pujian yang amat dan tersangat bersesuaian dengan genre muzik yang di bawa oleh RATU ROCK MALAYSIA ini. Diharap lagu ini akan menjadi single ke-2 ELLA yang boleh menyerikan hidup-hidup kita dikala kesepian, kedukaan dan ketekanan ketika bekerja.

Namun, tidak harus dilupakan kepada lagu balada dalam mempertaruhkan album baru yang akan datang. Menyandangkan tajuknya sebagai MENCARI, ianya lagu yang bakal menurut jejak lagu-lagu ELLA sebelum ini seperti SEMBILU, RETAK, DUA INSAN BERCINTA, TIADA TANGIS LAGI, PENGEMIS CINTA, PEDIH, ESOK LUSA SELAMANYA. MENCARI adalah suatu ilham yang mengalir dalam peredaran zaman kini. Sekali imbas ianya lebih kepada GOTHIC ROCK. Memperlahankan rentak di peringkat pembukaannya adalah satu kebijaksanaan dalam mengatur dan menyusun lagu ini agar lebih indah dan diamati lirik dan lagunya. Kemantapan dan kemampuan vokal ELLA dalam lagu MENCARI ini harus dititiberatkan akan bakat dan anugerah yang diberikan kepadanya. Suatu bakat yang takkan ada pada artis lain, serak-serak basah dicampur dengan adunan suara jantan dan suara manja ella menjadikan lagu ini bagaikan hadiah dari syurga.

Apapun bentuk lagu, apapun bentuk lirik yang dimainkan oleh RATU ROCK NEGARA ini pasti menjadi kesukaan dan menceriakan hidup kita sebagai manusia di muka bumi ini agar sentiasa berada dalam keadaan gembira dan ceria.

Pilihan saya lebih kepada lagu MENCARI, JIWA SETIA dan PUISI HAMBA.

2 Comments:

Blogger MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) said...

Blog anda telah disenaraikan di BLOGGERS MALAYSIA™.

Sila ambil banner BLOGGERS MALAYSIA™ di : http://bloggersmalaysia.blogspot.com
(Copy & paste di bahagian sisi atas blog anda)

Terima kasih.

Wednesday, July 08, 2009 4:52:00 AM  
Blogger ~PakKaramu~ said...

Salam ziarah dari Pak Karamu

Wednesday, July 08, 2009 4:37:00 PM  

Post a Comment

<< Home