ELLA-RATU ROCK MALAYSIA(DEMI ELLA)

Saturday, July 25, 2009

ELLA -> ELLA GREATEST HITZ frm WARNER MUSIC!

Mungkin cerita ini sudah sedikit basih namun hakikatnya masih segar diingatan dan hati gua sebagai peminat RATU ROCK MALAYSIA. Album kompilasi pada tahun 2009 dengan nama ELLA GREATEST HITZ adalah hadiah yang terbaik. Bertemakan kepuasan pendengar dan hanya yang terbaik untuk peminat-peminat, ELLA dapat mencapai matlamat dengan terhasilnya album kompilasi GREATEST HITZ.Syabas kepada WARNER MUZIK&JOJIE selaku pengurus ELLA.

Tertarik dengan corak penampilan album yang boleh dilipat dan mempunyai gambar-gambar kenangan sepanjang proses pembinaan tiga lagu baru merupakan teknik yang baik untuk menarik perhatian pembeli untuk membelinya. Di tambah lagi dengan buku lirik yang tidak begitu tebal, gua rasa ianya mampu menjadi laris dipasaran jika betul dan kena pada cara strategik promosinya.

Menyentuh tentang promosi, jutaan terima kasih kepada radio ERA dan CANON yang memberi kepercayaan sepenuhnya untuk membantu bagi memartabatkan lagi insan yang amat dirindui oleh peminat-peminat lamanya mahupun peminat yang baru berjinak dengan ELLA. Syabas dan respek perlu diberikan kepada ERA dan CANON atas langkah yang bijak dan insyaAllah mencapai GEMILANG.

Cover album yang begitu unik dan lain daripada yang lain juga haris diberi perhatian. Gua rasa semakin terasa kembali saat 30110 dan disusuli dengan era zaman ELLA USA. Syabas dan jutaan terima kasih kepad ELAN, selaku pelukis cover album ELLA GREATEST HITZ. BRAVOOOOOOOOOOOO!!

Apapun, album kompilasi kali ini semestinya yang terbaik dan sejajar dengan arus peredaran zaman. Kalu boleh, tebalkan lagi buku lirik itu, banyakkan lagi foto2 ELLA yang ROCK+FEMININ+AYU+CANTIK!!!! Sampai nafas terakhir kami akan tetap memperjuangkan insan yang bernama ELLA........

p.s-> penuh debaran dan excited+teruja sgt2 menantikan MTV utk lagu PUISI HAMBA+JIWA SETIA+MENCARI.....we olz mengharapkan yang terbaik dan lain daripada yang lain.....
bravo utk MTV lagu PEDIH, PENAWAR, RAMA-RAMA, SEMBILU, ESOK LUSA SELAMANYA, RINDU, GEMILANG, MENANTI, SIMBOSIS, STANDING IN THE EYES OF THE WORLD, JALAN KE SISIMU.

Thursday, April 16, 2009

ELLA -> 3 lagu Single 2009!


16 April 2009
1530Hrs

Alhamdulillah hanyalah ungkapan yg perlu diucapkan kepada RATU ROCK MALAYSIA
dengan penantian tiga buah tangan khas untuk peminat-peminat hiburan tanah air amnya dan peminat-peminat Ratu Rock Malaysia khasnya.

Bermula dengan single PUISI HAMBA, diikuti oleh dua buah lagu baru lain iaitu JIWA SETIA dan MENCARI yg dulunya diwar-warkan sebagai BERLARI. Dengan tiga buah lagi ini maka berakhirla penyeksaan dan penungguan peminat ELLA setelah lebih kurang 3 tahun bertapakan diri selepas album RAMA-RAMA. Dengan kemunculan tiga buah lagu ini, maka akan berserilah lagi dunia hiburan kita. Bersemaraklah lagi rasa kecintaan dan kesokongan kita kepada RATU ROCK NEGARA ini.

PUISI HAMBA adalah lagu pertaruhan yang pertama yang boleh kini didengari di corong-corong radio.Lagu yg jika dilihat secara kasar lebih kepada perpisahan antara orang yang disayangi ini bersesuaian dengan keadaan semasa dengan apa yang berlaku di GAZA. Diharap dengan lagu ini maka semangat kita untuk membantu rakyat GAZA akan berterusan.Langkah untuk mempertaruhkan lagu ini sebagai single pertama adalah suatu kebijaksanaan yang harus dipuji. Dengan lagu berentak easy song, ianya mampu mengangkat lagu tersebut seiring dengan lagu-lagu BERHANTU ELLA sebelum ini seperti RAMA-RAMA, SEMBILU, RETAK, TINGGAL TANDA TANYA, LAYAR IMPIAN, TIADA TANGIS LAGI, DUA INSAN BERCINTA, PENGEMIS CINTA, SEPI SEKUNTUM MAWAR MERAH dan banyak lagi. Diharap lagu PUISI HAMBA ini dapat menambat hati rakyat Malaysia dan seluruh dunia.

JIWA SETIA. Lagu yang berentak rancak ini mengingatkan kita kepada elemen- elemen lagu ella dalam album INDENTITI, PENGEMIS CINTA dan PUTERI KOTA. Dengan alunan bunyi gitar dan susunan muzik yang rancak, ia seakan-akan lagu KESAL yang dulunya mengangkat lagu tersebut sebagai lagu yang takkan luput dek zaman. JIWA SETIA juga adalah satu sentuhan yang harus diberi pujian yang amat dan tersangat bersesuaian dengan genre muzik yang di bawa oleh RATU ROCK MALAYSIA ini. Diharap lagu ini akan menjadi single ke-2 ELLA yang boleh menyerikan hidup-hidup kita dikala kesepian, kedukaan dan ketekanan ketika bekerja.

Namun, tidak harus dilupakan kepada lagu balada dalam mempertaruhkan album baru yang akan datang. Menyandangkan tajuknya sebagai MENCARI, ianya lagu yang bakal menurut jejak lagu-lagu ELLA sebelum ini seperti SEMBILU, RETAK, DUA INSAN BERCINTA, TIADA TANGIS LAGI, PENGEMIS CINTA, PEDIH, ESOK LUSA SELAMANYA. MENCARI adalah suatu ilham yang mengalir dalam peredaran zaman kini. Sekali imbas ianya lebih kepada GOTHIC ROCK. Memperlahankan rentak di peringkat pembukaannya adalah satu kebijaksanaan dalam mengatur dan menyusun lagu ini agar lebih indah dan diamati lirik dan lagunya. Kemantapan dan kemampuan vokal ELLA dalam lagu MENCARI ini harus dititiberatkan akan bakat dan anugerah yang diberikan kepadanya. Suatu bakat yang takkan ada pada artis lain, serak-serak basah dicampur dengan adunan suara jantan dan suara manja ella menjadikan lagu ini bagaikan hadiah dari syurga.

Apapun bentuk lagu, apapun bentuk lirik yang dimainkan oleh RATU ROCK NEGARA ini pasti menjadi kesukaan dan menceriakan hidup kita sebagai manusia di muka bumi ini agar sentiasa berada dalam keadaan gembira dan ceria.

Pilihan saya lebih kepada lagu MENCARI, JIWA SETIA dan PUISI HAMBA.

Friday, March 27, 2009

ELLA -> I LOVE ELLA ( ELLA's GANG 2009)

ya..itula kira ungkapan yang akan membongkar perasaan peminat-peminat ELLA. Tak kira yg tua, muda atau kanak-kanak pasti akan dpt melaungkan perasaan mereka dengan memakai moto t-shirt ini.

Sengaja memilih n menciplak style baju ini daripada corak baju lain bahawa dengan cara ini juga kita dapatkan meluahkan rasa keCINTAan kita kepada seseorang. Begitu sayang dan cintanya kita kepada orang tersebut sebagaimana kita sayang kepada bangsa, negara dan agama. Itula perumpamaan yang boleh digambarkan utk tema baju ELLA's GANG 2009 ini.

Bersempena dengan album baru ELLA yang akan datang juga, gua harap semua peminat ELLA akan BERLARI untuk menyatakan rasa cintanya kepada ELLA dengan memakai t-shirt ini.
Sesungguhnya kandungan tersirat PUISI HAMBA adalah dengan memakai baju ELLA's GANG 2009 ini.

Kepada gang-gang lain, gua mohon maaf kerna membuat keputusan mendadak utk melancarkan t-shirt ini sebagai baju baru ELLA"s GANG 2009. Gua harap, tahun ini akan membawa sinar kebahagiaan n kegembiraan kita bersama-sama. Laungan I LOVE ELLA samalah juga diertikan bahawa kecintaan dan kesayangan persahabatan kita yang kian lama terjalin.
Sesungguhnya, yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan gua. Dan jika ianya kelemahan gua, gua mohon agar gang-gang dapat menegur dan membetulkannya. Gua terima dengan hati terbuka dan fikiran terbuka. apapun, KEEP ON ROCKIN guys...JANJI ROCK ITU ELLA, JOJIE + ELLA's GANG.



sebarang pertanyaan dan tempahan bole lah menghubungi email ni..pedo_ombakwarna@yahoo.com
.......

Friday, March 06, 2009

ELLA -> new album 2009. BERLARI? PUISI HAMBA?

PeEDo29Album baru merupakan satu hadiah kepada peminat yang diimpikan oleh seseorang artis. Namun demikian sesebuah album yang berkualiti dan memenuhi citrasa dan kehendak peminat adalah satu album yang mampu melakarkan senyuman artis tersebut. Lebih-lebih lagi jika jualan album tersebut membuat satu fenomena kejutan yang laris dan memberangsangkan.

Album 30110 dan USA adalah jolokan album yang pernah dilakarkan oleh ELLA suatu masa dahulu apabila mencatat penjualan album yang paling laku dan hampir-hampir mencecah kepada jutaan belian. Album ini jugalah yang menggelarkan ELLA sebagai ARTIS JUALAN ALBUM TERBANYAK DI MALAYSIA yang sehingga kini tidak mampu diatasi oleh mana-mana artis tempatan. Situasi inilah juga yang peminat-peminat ELLA inginkan dan idamkan sekali lagi mengulangi kejayaan tersebut.

Ekoran daripada penghijrahan syarikat rakaman daripada EMI ke WARNER MUSIC, langkah ini diharap dapat memberikan impak yang dapat mengulangi lagi memori manis suatu ketika dahulu. Dengan menpertaruhkan tiga buah lagu sebagai single berserta dengan MTV videoclip lagu tersebut, langkah ini perlulah dipuji dan diambil iktibar sebagai salah satu langkah pemasaran yang positif ekoran ledakan cetak rompak dan budaya VIRUS mp3.
BERLARI, PUISI HAMBA antara tajuk lagu yang bakal dicanangkan oleh RATU ROCK MALAYSIA. apa yang pasti setiap lagu-lagu yang disiulkan oleh RATU ROCK MALAYSIA ini pasti menjadi kegilaan ramai pendengar dan pencinta muzik. Lirik sudah diketahui namun melodi masih TINGGAL TANDA TANYA. Namun ucapan terima kasih kepada pengurus ELLA yakni JOJIE yang sudi berkongsi kegembiraan untuk mewar-warkan lirik lagu tersebut. APa yang kami harapkan sebagai peminat RATU ROCK MALAYSIA ini agar tidak di hampakan dan di kecewakan.
PeEDo29

Dikhabarkan juga, 3 lagu single ini telah hampir-hampir siap untuk disumbatkan ke telinga manusia. Dan pada masa kini juga, 2 wanita adik beradik ini telah ke Sydney AUSTRALIA untuk membuat rakaman MTV bagi lagu tersebut, Semoga perjalanan dan apa yang dirancangkan semuanya berjalan dengan lancar. Kami mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ELLA dan JOJIE. Sesungguhnya kami MENANTI dengan penuh IKHLAS, SABAR dan BENAR.

ELLA -> Majalah Vs TV


Cover Majalah, Media Elektronik terutamanya Televisyen adalah faktor penguat seseorang itu untuk memancing lebih ramai lagi peminat-peminat di Tanah Air kita. Lazimnya,apabila seseorang artis itu memiliki wajah yang CANTIK dan JELITA, secara tidak langsung ia adalah pakej yang sempurna dan menjadi rebutan para editor majalah. Namun apa yang berlaku pada tahun 2008 untuk peminat-peminat RATU ROCK MALAYSIa khasnya telah diguriskan oleh sebahagian malahan berani gua katakan keseluruhannya editor-editor Malaysia. Apa tidaknya, pakej yang telah dimiliki oleh insan yang mendapat jolokan RATU ROCK MALAYSIA ini tidak digunapakai dan diambilberat oleh sebahagian editor majalah yang hanya mementingkan keuntungan tetapi bukanlah kepuasan pembaca-pembaca majalah tersebut.

Gua tertanya-tanya di suatu ketika apakah faktor atau penyebab RATU ROCK NEGARA ini kurangnya menjadi "Cover Depan" untuk sesebuah majalah. Gua tertanya juga di mana silapnya kami sebagai peminat untuk meluahkan dan mencurahkan bahawa kami inginkan ELLA sebagai Cover Majalah untuk setiap bulan. Jika di lihat terdapat pelbagai majalah yang melambak di pasaran, namun hampa dan kecewa juga yang dimiliki apabila setiap kalu mengunjungi kedai buku ataupun gerai buku, kelibat wajah ELLA tidak kelihatan.

Ada seorang hamba Allah yang terlibat dalam bidang penulisan ini telah memberi dan menegaskan kepada gua sebab musabab ELLA tidak dapat menjadi COver Depan untuk sesebuah Majalah.
Jika dilihat dari segi umur memang ELLA adalah insan yang akan dimamah usia dan terus menikmati penambahan angka yang tidak diundang. Tetapi jika dilihat pula dari segi raut wajah dan bentuk penjagaan kulit dan seumpamanya ELLA mampu menumbangkan gadis-gadis mahupun jelitawan yang terdapat di MALAYSIA ini. Kejelitaan dan Keayuan ELLa memang tidak asing lagi. Kalu dulu ELLA berjinak dengan muzik ROCK dan hanya berlandaskan seluar jeans dan kemeja T putih, namun kini ELLA sudah pandai bergaya dan menjadi ayu serta feminin. Sebab beliau sedar bahawa usia semakin memamah beliau, namun ketetapan dalam penggayaan haruslah dikekalkan. Gua mewakili peminat-peminat ELLA di seluruh Malaysia bangga dan terharu dengan perubahan dan imej yang dibawa oleh ELLA. Dengan ini, kami bole menjadikannya role model untuk kekal sebagai awet muda. Gua yakin kebanyakkan peminat-peminat ELLA juga sedang kini dimamah usia, namun sebahagian daripada mereka tidak dapat mengekalkan awet muda seperti mana apa yang ELLA lakukan. Di mana silapnya?.
Alasan yang diberikan oleh hamba Allah tersebut adalah ELLA sudah melebih umur yang dihadkan oleh sesebuah editor majahlah untuk menjadi cover depan. Jadi kiranya hanya sesuai untuk sesetengah majalah yang lebih bercorak ke arah majalah veteran. Kenyataan hamba Allah tersebut adalah semata-mata mengecewakan dan meyebabkan kemarahan kepada peminat-peminat ELLA. Jika begitula ayat yang disusunkan dan dilontarkan kepada peminat-peminat ELLA, gua yakin akan berlakunya demonstarasi dan rusuhan antara peminat ELLA Vs Media MASSA. Justeru, gua menegaskan bagi wakil daripada peminat-peminat seni tanah air Malaysia agar lebih bersifat DEMOKRASI.

Rakaman terakhir bersama-sama RTM semasa album SIMBIOSIS...Lepas daripada album ini, ELLA tidak pernah-pernah muncul lagi di RTM.Apakah masalahnya, hanya mereka-mereka sahaja yang mengetahuinya.

APa yang kami harapkan,dimasa hadapan agar banyak lagi pihak-pihak tertentu mencuri dan mengambil peluang akan kelebihan dan kebolehan yang dimiliki oleh insan yang bergelar RATU ROCK MALAYSIA atau lebih dikenali dengan huruf E.L.L.A.
`

Sunday, February 15, 2009

ELLA -> ABP @ PENYANYI WANITA POPULAR ...

12 FEB. 2009
0500HRS
PeDOs


Anugerah Bintang Popular adalah satu anugerah yang jurinya di dasarkan kepada pembaca suratkhabar BERITA HARIAN. Dalam suratkhabar ini juga diselitkan dan dibekalkan borangnya bersama-sama.

Gua amat tertarik dengan pencalonan khusus kepada PENYANYI WANITA POPULAR kerana dengan kategori ini maka gua ingin memastikan bahawa artis kegemaran gua mahupun orang ramai tersenarai dalam pencalonan PENYANYI WANITA POPULAR.

Hairan dan Pelik itulah antara barisan nama yang boleh gua berikan untuk pencalonan 2008 yang akan dilangsungkan pada tahun 2009 ini. Apa tidaknya, senarai nama RATU ROCK MALAYSIA tidak tersenarai dalam banyak-banyak artis di Malaysia ini sebagai PENYANYI WANITA POPULAR, walhal seperti yang kita sediamaklum bahawa kehebatan dan bakat yang dimiliki insan yang bernama ELLA ini memang tidak asing lagi. Namun dimana silap dan provokasi yang ingin ditonjolkan oleh pihak BERITA HARIAN. Adakah kerana kesibukan ELLA dalam menjalani aktiviti seni menyebabkan ELLA tidak tersenarai dalam carta tersebut. Atau adakah hanya kerana ELLA jarang ataupun kurang kelibatnya di MEDIA MASSA amnya dan khasnya suratkhabar BERITA HARIAN terpampang insan yang bernama ELLA ini adalah sebab musababnya.

Gua mewakili penduduk dunia,terutamanya peminat-peminat ELLA begitu terkilan dan terguris dengan tindakan tersebut yang diputuskan oleh pihak BERITA HARIAN. Sepatutnya nama RATU ROCK NEGARA MALAYSIA ini tidak perlu diasingkan ataupun di pinggirkan dalam pencalonan PENYANYI WANITA POPULAR ekoran kesibukkan beliau memenuhi undangan-undangan dalam "private function'. Maka diharap pihak BERITA HARIAN yang menganjurkan ANUGERAH BINTANG POPULAR ini tidak melakukan provokasi ataupun sabotaj kepada peminat-peminat artis MALAYSIA.
Apa yang pasti negara kita MALAYSIA adalah negara DEMOKRASI.

Sunday, February 01, 2009

ELLA -> new coming album 2009(still waiting the title album)

Alhamdulillah tahun 2009 pasti memberikan sinar dan corak warna-warni keHIDUPan kepada insan yang bernama ELLA dan kepada manusia yang sentiasa mengikuti perjuangan beliau iaitu ELLA"s GANG.Khabarnya ELLA akan tampil dengan album baru yang dijangkakan akan keluar pada Feb 2009.

Apa yang kami harapkan sebagai peminat RATU ROCK MALAYSIA ini agar berjaya mengulangi kembali zaman-zaman kegemilangan album-album sebelum ini iaiatu album USA dan juga album 30110. Sesungguhnya denganalbum itu jugala i baru mengenali ELLA, secara tidak langsung baru mengikuti dunia seni hiburan.

Apa yang kami harapkan pada album akan datang ini agar banyakkan lagi promosi(tidak sepeeti album Rama-Rama, yang mengharapkan populariti ELLA untuk menjual album ini) untuk menguatkan penjualan album terbaru ini. Kami juga mengharapkan sebuah album yang berkualiti dari segi lagu dan juga cover album.

Dan yang paling penting, kami inginkan "lyrics book" yang memuaskan hati pembeli-pembeli album ELLA dengan terkandungnya banyak gambar-gambar ELLA yang semakin JELITA+CANTIK. Kami inginkan kepuasan peminat di utamakan dalam album akan datang ini. DI harap pihak-pihak tertentu terutamanya pihak Warner Music dapat memberikan perhatian atas keprihatinan peminat RATU ROCK MALAYSIA, ELLA.

Apapun, perjuangan kami dari ELLA's GANG tidak akan luput dan berterusan meskipun suara-suara sumbang sudah kedengaran, kelatah-kelatah manusia sudah terbukti.yang pasti, alwiz KEEP ON ROCKIN...

JANJI ROCK ITU ELLA + JOJIE + ELLA's GANG...